Berita

Jom Dapatkan Pro Evolution Soccer 2018 Lite Secara Percuma Sekarang

Diolah oleh Konsol

Demam permainan bola sepak baru sahaja bermula pada sebulan yang lepas dengan perlancaran permainan video bola sepak seperti Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) dan Fifa 2018.

Kini bergerak ke hadapan, pihak Konami sekali lagi telah melancarkan permainan Pro Evoluiton 2018 (PES 2018) versi Lite secara percuma kepada para penggemar permainan Pro Evolution Soccer ini.

Dengan permainan Pro Evolution Versi Lite ini, para pemain akan dapat bermain permainan MyClub Online dan juga mod PES League. Apa yang lebih menarik, selain daripada MyClub online dan PES League, para pemain juga boleh memainkan Offline Exhibition dan Training Mode. Semua permainan yang diterangkan ini hadir secara percuma pada permainan Pro Evolution Soccer (PES 2018) Lite, perghhhhh…. menarikkan?

Jadi pada mereka yang masih belum mempunyai baki yang mencukupi di dalam akaun bank untuk mendapatkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018), apa kata anda cuba muat turun dan mainkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) versi Lite ini terlebih dahulu. Lagipun apabila anda sudah mainkan PES versi Lite ini, anda juga boleh menaik taraf permainan ini kepada versi penuh apabila baki akaun anda telah pun mencukupi 🙂

Muat turun Permainan Pro Evolution Soccer 2018 Lite Untuk PC

Muat turun Permainan Pro Evolution Soccer 2018 Lite Untuk PS4

Sumber: express.co.uk

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.