Berita

Jom Sertai FIFA E-World Cup 2018 Yang Telah Diumumkan Oleh Electronic Arts (EA) Dan FIFA

Diolah oleh Konsol

Antara 2 nama yang cukup gah di dalam arena bola sepak di dunia mestilah tidak lain dan tidak bukan FIFA dan juga Electronic Arts (EA).

Jika kita lihat pada sejarah, kedua-dua buah organisasi ini selalunya akan menjalinkan hubungan kerjasama untuk menganjurkan sesuatu acara atau pertandingan. Kerjasama diantara pihak FIFA dan Electronic Arts (EA) ini bolehlah dirumuskan seperti “aur dengan tebing”.

Terbaru pihak FIFA dan Electronic Arts (EA) telah pun mengumumkan kerjasama baharu dimana mereka akan menganjurkan satu pertandingan bola sepak bersempena dengan acara bola sepak terulung dunia pada 2018 nanti.

Pada tahun hadapan semua sedia maklum bahawa acara piala dunia edisi 2018 yang akan berlangsung di Russia, oleh yang demikian pihak FIFA dan Electronik Arts juga bakal menganjurkan pertandingan seumpama piala dunia 2018, tetapi ia adalah pertandingan permainan video yang dinamakan E-World Cup 2018.

 

Secara ringkas, pertandingan E-World Cup 2018 ini akan dijalankan dengan menggunakan format seperti para peserta akan di saring melalui peringkat FIFA Ultimate Team Champions Weekend League yang akan bermula pada Januari tahun hadapan.

Kemudian, seramai 128 peserta terbaik akan berlawan antara satu sama lain sehinggalah hanya 32 peserta sahaja yang akan benar-benar diiktiraf kehebatannya dan memasuki peringkat akhir E-World Cup 2018. (Format lebih kurang peringkat kelayakan piala dunia lah ni 🙂 ).

Pada peringkat akhir E-World Cup 2018, diantara 32 peserta yang berentap, hanya seorang sahaja yang akan memenangi pertadingan ini dan dinobatkan sebagai juara dunia pertandingan E-World Cup 2018 ini nanti.

Jadi jika kita sebagai rakyat Malaysia hanya boleh bermimpi untuk pasukan Harimau Melaya untuk layak ke pusingan akhir piala dunia, apa kata kita cuba pula pertadingan E-World Cup 2018 ini. Mana tahu, dengan hanya bermimpi sebelum ini, ia akan menjadi kenyataan bahawa negara Malaysia memenagi piala dunia walaupun ia sekadar permainan video 🙂

Sumber: fifa.com

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.