Berita

Jom Tonton Trailer Terbaru Wolfenstein II: The New Colossus Bagi Pelancaran 27 Oktober 2017 Ini

Diolah oleh Konsol

Sudahkah anda bersedia untuk memainkan permainan Wolfenstein II: The New Colossus apabila ia dilancarkan pada 27 Oktober 2017 ini? Ya betul, permainan ini akan dilancarkan pada 27 Oktober ini bagi platform Plyastation 4 (PS4), Xbox One, dan juga PC.

Bagi konsol hibrid popular pula seperti Nintendo Switch, permainan Wolfenstein II: The New Colossus ini juga akan dilancarkan bagi konsol popular Nintendo ini pada tahun 2018 kelak

Bagi meningkatkan perasaan keterujaan para peminat siri permainan Wolfenstein ini, pihak Bethesda telah pun mempertontonkan video trailer terbaru permainan Wolfenstein II: The New Colossus ini. Secara ringkas, didalam video trailer ini, ia mempertunjukan aksi tembak menembak yang boleh dilakukan oleh pemain serta beberapa watak watak antagonis yang akan menyusul di dalam permainan Wolfenstein II: The New Colossus ini nanti.

Jadi jangan berlengah lagi! Jika anda sememangnya peminat siri permainan Wolfenstein, silalah lakukan pra tempahan sekarang juga pada mana-mana kedai atas talian atau pra tempah ia terus daripada pengedar rasmi Bethesda Softwork.

Sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.