Berita

Jualan Di Seluruh Dunia PS4 Kini Mencecah 60.4 Juta Unit

Diolah oleh hang92

Selepas mencecah 60 juta unit jualan pada penghujung bulan Mac, Sony baru sahaja mengumumkan bahawa lebih daripada 60.4 juta PlayStation 4 telah dijual kepada pengguna di seluruh dunia pada 11 Jun 2017.

Manakala jualan untuk permainan PS4 daripada kedai runcit dan PlayStation Store telah mencecah sehingga 487.8 juta unit di seluruh dunia pada 11 Jun.

Image result for ps4 factory

Sony juga mendedahkan bahawa pada 31 Mac, 2017, terdapat lebih daripada 70 juta pengguna aktif bulanan secara purata, 26.4 juta orang pelanggan PlayStation Plus, dan pengguna PS4 aktif meluangkan masa lebih daripada 600 juta jam dalam setiap minggu.

Presiden Sony Interactive Entertainment, Andrew House menerangkan bagaimana PS4 mempunyai “barisan terbaik tajuk eksklusif dan rakan kongsi di dalam industri” dalam tahun ini:

“Kami amat berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan di seluruh dunia yang terus menyokong PS4. Dengan barisan terbaik dalam industri untuk tajuk eksklusif dan rakan telah dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun ini. Kami komited untuk mengembangkan lagi ekosistem PS4, dengan memperluaskan lagi kandungan PlayStation VR, serta memperkaya perkhidmatan kami bersama-sama dengan permainan. Kita tetap percaya dalam membawa pengalaman hiburan yang terbaik kepada pengguna di seluruh dunia dan membuat PS4 konsol terbaik untuk bermain.”

Sebelum 31 Mac 2018, Sony menjangka akan menjual PS4 sebanyak lebih dari 78 juta.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.