Berita

Jualan Nintendo Switch Melebihi 2 Juta Di AS, Mendahului PS4 Dan Xbox One Untuk Bulan September

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Nintendo mengumumkan bahawa Switch sekali lagi menduduki tangga teratas untuk penjualan perkakasan generasi terkini di Amerika Syarikat.

Walaupun ketepatan angka untuk penjualan 3DS dan Super Nintendo Classic Mini tidak diumumkan, jika digabungkan tiga konsol ini, ianya mengambil dua pertiga daripada jumlah penjualan perkakasan September di AS.

zelda-mario-kart-8

Beberapa permainan Nintendo Switch juga berada dalam senarai permainan terlaris, dengan Mario + Rabbids Kingdom Battle di tempat ke-7, The Legend of Zelda: Breath of the Wild di tempat ke-10, dan Mario Kart 8 Deluxe di tempat ke-11. Metroid: Samus Returns untuk Nintendo 3DS juga agak mengagumkan dan berada di tempat ke-8.

Menurut Nintendo, mereka berhasrat untuk meneruskan momentum ini dan mensasarkan penjualan 2 juta sebulan di AS.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Nintendo Switch Dan Madden NFL 18 Merupakan Konsol Dan Permainan Terlaris Pada Bulan Ogos Di Amerika Syarikat

Nintendo dan Microsoft Berada Jauh Di Hadapan Sony Dalam Teknologi Haptik Immersion

Nintendo Switch: Terjual Hampir 100,000 Unit Dalam Masa Seminggu Pada Minggu Lepas Di Jepun

Nintendo Disaman Oleh Gamevice Kerana Rekaan Nintendo Switch

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.