Berita

Jualan Xbox One X Akan Melebihi Daripada PS4 Pro Kata Penganalisis

ps4-pro-xbox-one-x
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Baru-baru ini, penganalisis terkenal untuk industri permainan video, Michael Pachter, menjadikan Twitter sebagai medium untuk membincangkan potensi Xbox One X. Sebaik sahaja ditanya mengenai jangkaan sambutan untuk konsol terbaru Microsoft ini di pasaran kelak berbanding dengan PS4 dan PS4 Pro, Pachter menyatakan bahawa dia menjangkakan Xbox One X dapat melebihi PS4 Pro tetapi tidak untuk PS4.

Michael Pachter

Setakat ini, Xbox One X dijangkan akan mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran. Seperti yang telah dinyatakan Microsoft sebelum ini, Xbox One X adalah pra-tempahan Xbox yang paling pantas terjual dan terlaris, yang bermaksud ianya berpotensi untuk menjadi satu kejayaan besar Microsoft.

Baca juga: Xbox One X Merupakan Pra-Pesanan Terlaris Dalam Sejarah Xbox

Tetapi sudah tentu ianya banyak bergantung pada penjualan selepas pelancaran, tetapi jika Xbox One X memenuhi jangkaan sambutan seperti penerimaan ketika tempoh pra-tempahan, maka ada kemungkinan setiap jangkaan Pachter adalah tepat.

Dari segi jangkaan jualan keseluruhan pula, satu firma analisis yang lain, David Cole, daripada firma DFC Intelligence menjangkakan Xbox One X boleh mencecah sehingga 17 juta unit terjual pada tahun 2021.

Baca juga: Xbox One X Mungkin Akan Terjual Sebanyak 17 Juta Unit Menjelang Tahun 2021

Sama ada 17 juta adalah satu angka yang mencukupi untuk mengalahkan PS4 Pro atau tidak hanya waktu yang akan menentukan. Sony telah mengesahkan penjualan PS4 Pro adalah sangat baik tanpa memberikan sebarang angka pasti. Ini bermakna Microsoft masih boleh memberikan pertarungan sengit terhadap Sony.

Xbox One X akan hadir ke pasaran pada 7 November 2017.

Sumber: GameRant

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Ketua Operasi Xbox Lebih Membandingkan Xbox One X Dengan PC Berbanding PS4 Pro

Xbox One X Merupakan Pra-Pesanan Terlaris Dalam Sejarah Xbox

Anda Boleh Lupakan PS4 Pro Dan Miliki Xbox One X – Kata Eksekutif Microsoft

Xbox One X: Dibina Berdasarkan MaklumBalas Peminat, Bukan Sebab Pesaing

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.