Berita Pilihan Kami

Kalendar 2018 Sudah Dikeluarkan, Rancang Cuti Anda Bersama Keluarga Dan Rakan-Rakan

Diolah oleh hang92

Kebanyakkan cuti di Malaysia disambut oleh sebahagian besar majoriti rakyat di Malaysia. Hal ini kerana terdapat cuti yang diselaraskan oleh negeri masing-masing dan juga cuti pada peringkat kebangsaan.

Namun kita jangan lupa ada juga cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan pada peringkat saat-saat akhir. Seperti contoh, pada tahun 2017, 24 April dan 4 September masing-masing telah diisytiharkan cuti umum sempena meraikan pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan kejayaan kontijen Malaysia di dalam Sukan Sea Kuala Lumpur.

Tanpa berlengah masa, mari kita lihat kalendar rasmi untuk tahun 2018 kelak;

Anda juga boleh melihat cuti negeri untuk Malaysia pada tahun 2018 mengikut negeri masing-masing di bawah;

Anda perlu sedia maklum bahawa akan ada beberapa perubahan pada tarikh cuti yang disediakan ini pada tahun 2018 kelak. Namun, sedikit sebanyak tarikh cuti ini boleh memberi anda idea berapa lama, bagaimana dan bila tarikh percutian anda perlu dirancang.

Akhir kata, selamat bermain konsol semasa cuti tahun 2018 kelak bersama keluarga dan rakan-rakan taulan anda!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.