Berita

Kandungan Eksklusif PS4 Tidak Penting, Permainan Battleground Akan Membantu Jualan Xbox

Diolah oleh hang92

Sony mempunyai pelbagai cara untuk memasarkan PS4 mereka ke pasaran global. Seperti contoh, walaupun terdapat pelbagai permainan yang akan dilancarkan untuk konsol Sony dan Xbox namun Sony telah membeli hak untuk memasarkan permainan tersebut terlebih dahulu berbanding dengan Microsoft.

Permainan seperti Destiny 2, Star Wars Battlefront 2, Red Dead Redemption 2 merupakan permainan yang terlebih dahulu akan dilancarkan untuk PS4 berbanding dengan Xbox One. Hal ini membantu PS4 untuk mengekalkan dominasi permainan global berbanding dengan Xbox One.

Penganalis Wedbush Securities, Michael Pachter berkata ianya merupakan gimik yang baik daripada Sony. Cuba anda bayangkan DLC pertama untuk permainan Call of Duty dilancarkan lebih awal 30 hari untuk PS4 berbanding Xbox One, namun jika anda tidak mempunyai PS4, dan anda mempunyai Xbox, serta rakan anda yang lain turut mempunyai Xbox, maka hal ini tidak akan membantu penjualan konsol PS4. Kerana anda tidak bermain dengan rakan lain yang mempunyai PS4. Jadi anda tetap akan mendapat DLC tersebut, walaupun selepas 30 hari.

“Jadi saya rasa ianya tidak akan membawa perbezaan langsung, kecuali kepada sesiapa yang belum memiliki mana-mana konsol. Dan ya, memang benar ramai lagi yang masih belum memiliki konsol, namun nisbah pembelian konsol baru mungkin sebanyak 2:1 konsol PS4 kepada Xbox. Hal ini akan menolong jualan PS4, namun tidak terlalu ketara. “

Menurut Pachter lagi, jurang perbezaan jualan konsol akan semakin rapat apabila permainan yang popular di PC iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds, telah dilancarkan untuk Xbox One X semasa persidangan E3 pada tahun ini.

Permainan ini akan mengatasi kesemua permainan yang dihasilkan di Jepun untuk PS4, dan permainan ini merupakan ekslusif untuk Xbox untuk sementara. Dan kemungkinan akan dilancarkan pula untuk PS4 pada tahun hadapan. Permainan ini sangat menakjubkan, dan Patcher tidak sabar untuk bermain permainan ini di konsol.

sumber: gamingbolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.