Berita

Kandungan Khusus Dilancarkan Untuk Ulang Tahun Ke 10 Permainan Uncharted

Diolah oleh Konsol

Pejam celik pejam celik, permainan popular Uncharted telah pun berusia 10 tahun pada 19 November yang lalu. Sempena dengan ulang tahun ke 10 permainan popular ini, pihak Sony telah pun menyertakan beberapa kandungan khusus bagi Playstation 4 untuk meraikan ulang tahun permainan Uncharted ini.

Antara kandungan khusus yang disertakan adalah seperti tema khusus Uncharted 1-th Anniversary PS4 dan avatar bagi peminat siri Uncharted ini. Kandungan ini telah pun sedia dimuat turun secara percuma oleh setiap peminat dengan menggunakan carian “Uncharted 10th Anniversary Bundle” pada Playstation Store.

Selain daripada kandungan khusus yang ditawarkan oleh pihak Sony, pihak Naugthy Dog juga tampil untuk memberi penghargaan kepada para peminat Siri Uncharted yang sentiasa menyokong permainan ini untuk sedekad yang lalu. Memetik dari Twitter Naugthy Dog, beberapa kandungan Uncharted akan ditawarkan pada harga diskaun.

Jadi sebagai kipas susah mati kepada siri permainan popular Uncharted ini, apa anda tunggu lagi. Dapatkan segala tawaran diatas pada kadar segera 🙂

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.