Berita

Kecerdasan Buatan Hasil Penyelidikan Microsoft Berjaya Menguasai Permainan Pac Man

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini, pasukan penyelidik Microsoft telah membuat ujian terhadap mesin kecerdasan buatan milik mereka.

Dimana dengan keupayaan kecerdasan buatan ini, mereka mampu mengumpul mata maksima pada permainan Pac Man.

Ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan, kerana belum pernah seorang manusia pun sebelum ini yang mampu mengumpul mata maksima di dalam permainan Pac Man sejak ia dilancarkan pada konsol Atari 2600 3 dekad dahulu.

Mesin kecerdasan buatan yang diuji ini telah dibina oleh sebuah syarikat yang dinamakan Maluuba, iaitu sebuah syarikat yang telah diambil alih oleh pihak Microsoft pada awal tahun 2017.

Secara mudah, sebanyak kira-kira 150 mesin kecerdasan buatan telah dibina dan diaturcarakan untuk menguji dan menyelesaikan permainan Pac Man ini.

Matlamat utama yang perlu dijalankan oleh kecerdasan buatan ini ketika menguji permainan Pac Man adalah seperti mencari jalan terdekat untuk mengatasi halangan, dan mengelak daripada dimakan oleh Blinky (nama bagi hantu didalam permainan Pac Man).

Apabila kecerdasan buatan ini telah selesai melalui suatu halangan, keputusan kepada ujian ini pula akan dihantar kepada kecerdasan buatan peringkat tertinggi bagi membuat keputusan yang terbaik.

Apa yang mengagumkan ialah, kecerdasan buatan ini telah berjaya mengumpul mata sehingga 9,999 900. Ternyata keputusan ini sangat luar biasa dan membuatkan pasukan penyelidik dari Microsoft terkejut akan jumlah mata yang telah diperolehi oleh kecerdasan buatan ini.

Masakan tidak, mata sebanyak 9,999 900 ini tidak pernah dicapai atau dibayangkan akan tercapai oleh sesiapa sekali pun sebelum ini.

Jelas sekali keputusan ini adalah sesuatu yang amat boleh dibanggakan oleh pasukan penyelidik ini dan kajian mereka terhadap kecerdasan buatan ini juga menunjukkan sesuatu kebolehan dan kepandaian yang jauh meninggalkan seorang manusia biasa.

Untuk rekod, markah tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia pada permainan Pac Man ini ialah 3,333 360 – Sumber: Kotaku

Akhir kata, adakah kita sekarang ini berada di ambang kemunculan Terminator. Di mana kita dapat melihat para penyelidik berpusu-pusu untuk membina kecerdasan buatan yang saban hari makin bijak melebihi seorang manusia.

Renung-renungkan 🙂

Saksikan video ujian ini dibawah

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.