Berita

Kejohanan E-Sukan Permainan Formula 1 Telah Diumumkan

Diolah oleh Konsol

Dahulu bila kami mula-mula membangunkan konsol.my, salah satu perkara yang kami jangka bakal berlaku ialah kebangkitan sukan berasaskan elektronik. Pada ketika itu, memang salah satu objektif kami ketika membangunkan laman sesawang ini ialah untuk membantu merancakkan lagi perkembangan dunia permainan video dan E-Sukan khususnya di tanah air Malaysia ini.

Tanpa segan silu pada ketika itu, kami menjangkakan bahawa dunia permainan video dan E-Sukan adalah “The Next Big Thing” bak kata orang putih. Lihat sahaja sekarang, perkara ini secara perlahan-lahan telah pun berlaku dan diantaranya E-Sukan bakal dijadikan salah satu acara bagi temasya sukan olimpik 2024 di Paris dan baru-baru ini kejohanan E-Sukan Formula 1 telah sahaja diumumkan.

Kejohanan E-Sukan Formula 1 ini akan dianjurkan bersama diantara Formula 1, pembangun permainan terkemuka Codemasters dan juga pakar E-Sukan Gfinity.

Kejohanan E-Sukan Formula 1 ini akan bermula pada hari yang sama pada pelancaran permainan Formula 1 2017 ini, seramai 40 peserta akhir yang terpantas akan dipilih untuk ke peringkat kalah mati selepas habis menjalani sesi saringan selama sebulan.

40 peserta akhir ini kemudian akan bersaing sesama sendiri pada peringkat separuh akhir yang akan dilansungkan di Gfinity Arena London. Pada peringkat separuh akhir pula, seramai 20 peserta terpantas pada pusingan ini akan layak ke pusingan akhir yang bakal dilangsungkan di litar Abu Dhabi Grand Prix.

Apa yang menarik perhatian ialah, pemenang bagi siri kejohanan E-Sukan Formula 1 akan layak secara automatik pada kejohanan E-Sukan Formula 1 tahun hadapan, malah watak pemenang ini akan dimasukkan di dalam permainan Formula 1 2018.

Eh tapi, menang tak dapat wang tunai ke? Haha jangan risau wang tunai juga akan disertakan sebagai hadiah bagi pemenang kejohanan E-Sukan Formula 1 ini. Tetapi bagi kami wang tunai tidaklah terlalu menarik jika dibandingkan dengan 2 hadiah yang kami terangkan terlebih dahulu diatas.

Anda ada sebarang pendapat atau kekeliruan berkaitan berita ini? Sila utarakannya diruangan komen 🙂

Sumber: Motorsports

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.