Berita

Kemas Kini 4.50 Playstation 4 Menyebabkan Masalah WiFi?

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pada minggu lepas, Sony telah mengeluarkan satu kemas kini utama 4.50 untuk PlayStation 4. Kemas kini ini menawarkan pelbagai ciri-ciri permintaan ramai, termasuk sokongan untuk cakera keras luar, pengubahsuaian kepada PlayStation VR, dan custom wallpaper.

Walau bagaimanapun, ramai pemilik PS4 telah melaporkan beberapa isu dengan kemas kini 4.50.

Menurut beberapa pengguna PS4, di forum rasmi PlayStation, kemas kini 4.50 menyebabkan sedikit masalah dengan WiFi. Pengguna-pengguna yang sebelum ini tiada masalah dengan sambungan internet dilaporkan mempunyai masalah dengan sambungan internet ke konsol mereka, menyebabkan lagging yang agak ketara ketika bermain permainan di atas talian.

Untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh cuba beberapa langkah penyelesaian ini.

  • Tukar sokongan isyarat router wireless anda dari B/G/N ke B/G. Langkah ini memerlukan akses ke tetapan dalaman router wireless anda. Untuk ke tetapan dalaman itu, anda perlu menaip alamat I.P router wireless anda ke dalam pelayar web anda dan masukkan nama pengguna dan kata laluan.
  • Sesetengah pengguna dilaporkan berjaya menyelesaikan masalah ini dengan melumpuhkan kata laluan router wireless mereka atau menukar keselamatan talian dari WPA2 ke pilihan keselamatan yang lain. *masalah wifi ini tidak berbaloi untuk anda merisikokan keselamatan talian anda.
  • Jika langkah di atas tidak berjaya, anda boleh cuba menyambungkan kabel rangkaian internet secara terus ke PlayStation 4 anda.

Buat masa ini, Sony masih belum mengulas mengenai tentang isu WiFi untuk kemas kini 4.50. Mudah-mudahan, Sony dapat mengeluarkan kemas kini baru untuk menyelesaikan masalah ini.

Sumber : fraghero

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.