Berita

Kemas Kini Gran Turismo Sport Akan Mengenalkan Mod Pemain Tunggal Baru, Kereta, dan Permainan Luar Talian

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Gran Turismo Sport seakan kehilangan sesuatu pada pelancarannya. Visual dan fizik perlumbaan sememangnya terbaik, tetapi permainan ini tidak mempunyai mod kerjaya yang sebenar, dan memaparkan koleksi kereta dan trek yang agak mengecewakan.

Ramai pemain juga kecewa apabila mengetahui bahawa GT Sport pada dasarnya adalah permainan yang hampir keseluruhannya perlu bermain di atas talian, hanya dengan mod Arked ianya dapat dimainkan di luar talian.

Tetapi kini berita baik buat peminat apabila Sony dan Polyphony Digital akan memperbaiki kelemahan Gran Turismo Sport. Dua kemas kini percuma seterusnya akan menambah kereta baru, menjadikan Livery Editor, Scapes dan Campaign boleh dimainkan di luar talian, dan, yang paling penting, penambahan mod kerjaya sebenar dalam permainan.

Mod kerjaya terbaru ini akan dipanggil GT League, Sony menganggap ianya sebagai pengganti kepada Gran Turismo Mode klasik yang terdapat dalam permainan terdahulu. Anda boleh menyemak beberapa paparan skrin, di bawah.

Kemas kini GT Sport yang pertama, akan menambah tiga kereta dan memudahkan keperluan atas talian, akan tiba pada 27 November ini. Kemas kini kedua, akan menambah 12 buah kereta dan GT League akan hadir pada Disember. Anda boleh menyemak senarai semua kereta baru yang akan datang ke GT Sport, di bawah.

Kemas Kini November

  • ISO Rivolta Zagato VGT
  • Audi R18
  • Shelby Cobra 427

Kemas Kini December

  • Mazda RX-7 Spirit R Type A (FD)
  • Nissan Skyline GT-R V spec II (R32)
  • Nissan Skyline GT-R V spec II Nür (R34)
  • Ford F-150 SVT Raptor
  • Lamborghini Countach LP400
  • Ferrari F40
  • Ferrari Enzo Ferrari
  • KTM X-BOW R
  • Suzuki Swift Sport
  • Volkswagen Sambabus Typ 2 (T1)
  • Chris Holstrom Concepts 1967 Chevy Nova
  • Chevrolet Corvette Stingray Convertible (C3)

Sumber: wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Gran Turismo Sport Terjual Lebih Baik Daripada Gran Turismo 6, Tetapi Lebih Buruk Daripada 5

Kesuluruhan Siri Gran Turismo Sudah Terjual Sebanyak 76.90 Juta Salinan Di Seluruh Dunia

Berkas PS4 Gran Turismo Sport Berharga RM 196,790, Datang Dengan Kereta Sebenar

Nissan GT-R Dikawal Menggunakan DualShock Untuk Mempromosikan Gran Turismo Sport

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.