Berita

Kemas Kini Xbox One Akan Datang Memperkenalkan ‘Microsoft Fluent Design’

microsoft-fluent-design
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Kemas kini utama Windows 10 dan Xbox One akan  memperkenalkan sistem reka bentuk baru yang dinamakan “Microsoft Fluent Design“.

Naib Presiden Korporat Microsoft, Mike Ybarra, berkongsi berita ini melalui laman Xbox Wire. Menurut Ybarra, kemas kini ini direka untuk menjadikan pengalaman permainan Xbox lebih menyeronokkan dan sosial berbanding sebelum ini.

Salah satu perubahan terbesar adalah pengenalan sistem reka bentuk baru Microsoft untuk Xbox One dan Windows 10, diberi nama “Microsoft Fluent Design”, yang mengemas kini rupa, pergerakan, dan perubahan pada papan pemuka (dashboard) Xbox.

Pemain akan dapat menyesuaikan sepenuhnya skrin Home mereka dengan mencipta atau mengeluarkan blok kandungan yang boleh dipindahkan. Di bawah, adalah beberapa paparan skrin papan pemuka (dashboard) yang dikemas kini:


Kemas kini ini juga membolehkan pertukaran pantas antara tab di dalam menu Guide, dan susun atur baru menjadikannya lebih mudah untuk bertukar-tukar antara aplikasi atau kembali ke Home.

Tab berasingan telah direka dalam menu Guide untuk mengakses menu Signing in, Achievements, Multiplayer, People, Home, Messages, Broadcasts, Captures, dan Action Center yang baru.

Ianya juga menampilkan Activity Feed yang baru di bahagian komuniti yang menunjukkan lebih banyak kandungan. Menurut Ybarra, membaca komen akan menjadi lebih mudah apabila feed item kini dapat dipaparkan secara terperinci pada skrin penuh. Selain itu, Game Hubs, Profiles, dan Clubs telah diperbaharui untuk menjadikannya lebih dinamik.

Perubahan telah dibuat kepada Game Bar untuk pengguna Windows 10 yang membolehkan pemain mengaktifkan atau mematikan Game Mode melalui suis pada bar permainan. Bar ini juga memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk Mixer.

Video pandang pertama untuk kemas kini ini, boleh ditonton di bawah:

Pembaikan rekabentuk utama Microsoft Fluent Design ini akan tersedia untuk dimuat turun pada akhir tahun ini.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.