Berita

Kemaskini 5.0 PS4 Sudah Boleh Dimuat Turun Sekarang

Diolah oleh hang92

Selepas ujian beta dilakukan beberapa bulan lepas dan beberapa pengumuman dilakukan di Twitter, kini kemaskini firmware terbaru sudah pun dilepaskan untuk semua pengguna PS4. Ianya dikenali sebagai kemaskini firmware 5.0, dan ada beberapa perubahan yang telah dilakukan.

Jadi, kami rumuskan apa yang berlaku disini. Pertama, pengguna PS4 Pro kini boleh membuat siaran secara langsung pada definisi 1080p dan 60fps untuk aplikasi Twitch, yang mana sebenarnya sangat bermanfaat bagi sesetengah orang. Perubahan ini juga termasuk kandungan di dalam senarai rakan yang mengikuti anda dimana anda boleh meletak senarai rakan anda yang mengikuti dan diletakkan di dalam senarai khas yang anda boleh wujudkan sendiri. Selain itu, untuk mengikuti sesuatu akaun Twitch, anda kini boleh mengikuti akaun Twitch sesiapa sahaja, tidak lagi hanya untuk akaun yang telah disahkan.

Kedua, terdapat juga kemaskini untuk pengurusan akaun PSN milik anda. Sebagai seorang ibu bapa, anda kini boleh menyusun pengguna di PS4 anda sebagai keluarga. Hal ini untuk memudahkan ibu bapa untuk menguruskan akaun milik anak-anak anda dan anda boleh mengaktifkan peringatan untuk anda sekiranya anak anda cuba untuk memasuki permainan yang dilarang untuk kanak-kanak bawah umur.

Ketiga, sekiranya anda mempunyai set Sony PSVR, anda kini bertuah kerana jika anda seorang yang gemarkan menonton filem dalam mod cinematik Blu-Ray dan DVD, kemaskini terbaru ini membolehkan anda mengalami pengalaman bunyi maya sekeliling untuk set fon kepala anda. Anda juga boleh menyaksikan komen penonton terus di set PSVR anda secara langsung!

Keempat, aneka bahasa juga ditambah ke dalam sistem bahasa: Czech, Indonesia, Hungary, Romania, Vietnam, Greek, dan Thai. (mana Bahasa Malaysia?)

Selain itu, Sony juga mengeluarkan beberapa video tambahan untuk memperlihatkan kepada pengguna tentang kemaskini terbaru ini. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Permainan Cetak Rompak PS4 Seperti GTA V, Far Cry 4 Dan AC Creed Kini Timbul Di Atas Talian

Kemaskini The Witcher 3 4K Akan Datang Untuk PS4 Pro Tidak Lama Lagi

Kemaskini Microsoft Windows 10 Akan Datang Menjadikan PC Anda Berkuasa Seperti Xbox One X

Sony Telah Melancarkan PlayStation VR Baru Dengan Rekabentuk Yang Lebih Baik

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia