Berita

Kemaskini Baru Telah Dilancarkan Untuk Xbox One

Diolah oleh hang92

Microsoft telah melancarkan kemaskini utama untuk Xbox One, menambahbaik ciri streaming dan Menu Utama Hadapan yang terkini.

Kemaskini yang melibatkan Menu Utama Hadapan ialah, memudahkan pengalaman pengguna,UI dan meningkatkan prestasi sistem.

Kemaskini ini juga pelbagai menambah ciri-ciri, termasuk latar belakang yang dinamik berdasarkan permainan apa yang pengguna sedang bermain.

Menekan butang Xbox pada pengawal akan membuka panduan Xbox sebagai lapisan di sebelah kiri skrin.

Panduan baru ini membolehkan pengguna untuk mengakses permainan dan aplikasi, muzik, tangkapan skrin,screenshots dan rakaman video.

 

 

Penjejak Pencapaian

Kemaskini ini juga memasukkan penjejak pencapaian baru berdasarkan permainan semasa yang dimainkan dan dimasukkan perisian Cortana yang boleh dikawal melalui arahan suara.

Pengguna boleh stream permainan Xbox mereka secara langsung ke internet dari panduan dan boleh merakam video daripada lima minit terakhir permainan pada satu sentuhan butang.

Ciri-ciri tambahan termasuk CoPilot, yang membolehkan dua pengawal berfungsi sebagai satu pengawal tunggal – menambah kawalan kerjasama untuk mana-mana permainan.

sumber : mybroadband

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.