Berita

Kemaskini Microsoft Windows 10 Akan Datang Menjadikan PC Anda Berkuasa Seperti Xbox One X

windows-10-fall-creators-update-game-mode
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Kemas kini Windows 10 akan datang ialah Fall Creators Update dan ia akan datang pada 17 Oktober ini. Bersama-sama dengan pelbagai penambahbaikan  tentang bagaimana Micorosoft mahu menjadikan Windows 10 sebuah “platform yang menginspirasi kreativiti anda“, terdapat juga penambahbaikan untuk bahagian permainan.

Kemaskini untuk Game Mode bertujuan untuk menjadikan mod ini lebih berguna. Dengan ramai pemain yang mengalami pengurangan prestasi permainan apabila menggunakan versi Game Mode semasa, Microsoft akan melakukan sesuatu yang istimewa kali ini.

Kemas kini untuk pemain seperti yang dinyatakan di laman blog rasmi Microsoft:

“Perkara yang sering memberi inspirasi kepada kreativiti adalah bermain permainan video. Dengan Fall Creators Update, kami telah mengemas kini Game Mode, yang membolehkan permainan anda menggunakan kuasa pemprosesan penuh peranti seolah-olah ia merupakan konsol permainan Xbox.”

“Untuk mengambil kesempatan daripada kuasa ini, kami mempunyai barisan permainan terbaik di Xbox Play Anywhere seperti, Cuphead, Forza Motorsport 7, Super Lucky’s Tale dan Middle-earth: Shadow of War. Dan, jika anda gemar bermain melalui Xbox Play Anywhere, pada 7 November ini, anda boleh memainkannya pada konsol yang paling berkuasa di planet ini, Xbox One X.”

Nampak gayanya Microsoft menginginkan PC pemain berfungsi seperti konsol Xbox supaya dapat menikmati pengalaman bermain di Xbox sepenuhnya. Tetapi bukankah pemain PC memilih PC supaya pengalaman permainan secara khususnya agar tidak seperti Xbox? Kongsikan pandangan anda bersama kami!

Sumber: PCInvasion

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.