Berita

Kemaskini Pertama FIFA 18 Tertumpu Kepada Penjaga Gol Dan Rembatan Gol

FIFA-18-Kemas-Kini
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

EA telah mengeluarkan kemaskini pertama untuk FIFA 18 – dan ia membuat beberapa perubahan penting dalam permainan.

kemaskini ini, kini boleh didapati di PC dan tidak lama lagi pada konsol, dengan penambahbaikan kepada penjaga gol agar lebih responsif dan rembatan gol yang lebih mencabar.

Salah satu kritikan utama ke atas FIFA 18 adalah terlalu mudah untuk menjaringkan gol. Atau boleh dikatakan, penjaga gol tidak cekap, rembatan gol yang mudah dan hantaran yang berkesan.

fifa-18-goalkeeper

Sesetengah pemain merasakan ianya menyenangkan dan peningkatan yang penting berbanding dengan FIFA 17, tetapi sesetengah pemain pula berpendapat bahawa ianya terlalu mudah untuk menjaringkan gol.

Juga pada ciri dalam permainan, EA telah membuat penukaran pada mod Amateur dan Semi-Pro agar sedikit mudah. Berikut adalah perubahan yang berkaitan:

  • Mengawal tindak balas penjaga gol dalam situasi tertentu.
  • Mengurangkan kesukaran untuk mod Amateur dan Semi-Pro.
  • Mengurangkan ketepatan rembatan gol dan meningkatkan kecepatan reaksi penjaga gol dalam situasi permainan tertentu.

fifa-18-shooting

Di dalam Career Mode pula, EA telah menambah pilihan untuk mewakilkan pembaharuan kontrak dan membenarkan anda untuk merundingkan semula kontrak dengan pemain yang klausa pelepasannya telah dibayar.

Berikut adalah perubahan yang dialu-alukan: berkaitan dengan mod atas talian, EA telah meningkatkan logik kit pasukan yang berlawan agar tiada perlawanan yang mana kedua-dua pasukan menggunakan kit yang hampir sama. Terutamanya pada warna kit.

EA telah juga membuat penambahbaikan pada animasi gol menerjah jaring.

Untuk melihat nota penuh untuk kemaskini ini, anda boleh lihat di sini.

Sumber: eurogamer

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Pemain Manchester City Memberi Reaksi Terhadap Penarafan FIFA 18 Mereka

Nintendo Switch Tidak Menyokong Carian Kawan Terdekat Untuk FIFA 18

Grafik FIFA 18 Di Nintendo Switch Tidak Mengecewakan Apabila Dibandingkan Dengan Xbox One

Sony Telah Mengumumkan Harga Berkas PlayStation 4 FIFA 18 Untuk Pasaran Malaysia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.