Berita

Kemaskini The Witcher 3 4K Akan Datang Untuk PS4 Pro Tidak Lama Lagi

Diolah oleh hang92

Presiden CD Projekt Red, Adam Kiciński telah mengumumkan bahawa permainan kesayangan anda, The Witcher 3 akan mendapat kemaskini 4K untuk dimainkan pada konsol PlayStation 4 Pro di dalam beberapa hari ini.

Mengikut Kiciński, minat untuk permainan The Witcher 3 di kalangan peminat masih belum mati lagi, dan dia merasakan bahawa ‘permainan ini masih belum tua’ dan masih lagi menjadi ‘suatu fenomena’. Kemaskini 4K ini juga turut didatangkan untuk Xbox One X, dia menambah.

Bagi anda yang belum pernah bermain permainan ini, kami sangat sarankan untuk anda mencuba The Witcher 3. Anda boleh saksikan The Witcher 3 ini sewaktu 3 tahun dahulu dibawah.

Baca juga: Raikan Ulangtahun Ke-10 Permainan The Witcher Dengan Wallpaper Rasmi Mereka

Pada pendapat kami, permainan The Witcher 3: Wild Hunt merupakan suatu karya permainan yang amat hebat. Skrip, jalan cerita, bangunan dan pelbagai lagi ciri-ciri yang ada di dalam permainan tersebut kami rasakan adalah terbaik daripada mana-mana permainan setakat ini.

Setiap keputusan akan memberi akibat dan kesan dan kadang-kadang akibat tersebut adalah tidak dapat diramal namun masih lagi masuk akal.

Secara peribadi, The Witcher 3 merupakan salah satu permainan terbaik untuk generasi konsol sekarang.

Cuma satu sahaja soalan, adakah anda akan bermain semula The Witcher 3 semula di dalam definisi 4K walaupun anda sudah menghabiskan tersebut sebelum ini?

sumber: Dualshockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Buku Mewarna Dewasa The Witcher Telah Diumumkan Oleh Dark Horse Comics

8 Jambang Terbaik Di Dalam Permainan Video

Antara Pilihan Permainan Dunia Terbuka Yang Terbaik

Witcher 4 akan dikeluarkan. Itu Janji CD Projekt Red

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.