Berita

Kemaskini TV & Video PS4 Menampilkan Antaramuka Pengguna Yang Baharu

Diolah oleh hang92

Playstation 4 telah melancarkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi di dalam talian TV & video mereka pada hari ini. Tidak banyak yang berubah pada kemaskini terbaru, cuma pemain akan dapat menyaksikan aplikasi tontonan video dan penstriman dikumpulkan dalam satu tempat.

Sony telah mengumumkan kemaskini terbaru pada laman blog rasmi Playstation mereka pada hari ini.

“Walau apa pun jenis video kegemaran anda, filem atau siri di TV, siaran sukan secara langsung, atau rakaman permainan – anda kini lebih mudah mencari di dalam Playstation 4 anda. Pada hari ini kami memperkenalkan kemudahan TV & Video yang telah diperbaharui” – kata Sony

Apa yang kami perasan, kesemua aplikasi video dan penstriman ditempatkan pada satu butang TV & Video, tetapi masih lagi dipanggil TV & Video. Cuma yang berbeza adalah antaramuka pengguna dimana di bahagian atas adalah kesemua video yang dicadangkan oleh Sony kemudian diikuti oleh beberapa aplikasi kecil dibawahnya

screen

Anda boleh saksikan video tentang pembaharuan TV & Video oleh Playstation 4 di bawah ini;

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

PS4 : Bagaimana Hendak Menyambung Audio Dari DualShock4 Ke Fon Telinga

Bagaimana Menghubungkan PS Now dan Komputer Anda

SONY PS4 SLIM ATAU PS4 PRO?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.