Pilihan Kami Ulasan

Kenali Komuniti Permainan Bolasepak PES Rasmi Malaysia, PES League Malaysia

Diolah oleh hang92

Pro Evolution Soccer atau lebih dikenali sebagai PES merupakan permainan bolasepak yang terkenal di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Pro Evolution Soccer ini juga dikenali sebagai Winning Eleven.

Namun tahukah anda ada wujudnya komuniti rasmi permainan ini di Malaysia iaitu PES League Malaysia, komuniti ini ditubuhkan supaya mereka dapat mendedikasikan sepenuh masa dan usaha mereka demi cinta kepada permainan bolasepak ini.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Ditubuhkan pada awal tahun 2016, mereka telah berkorban apa sahaja demi diri mereka dan negara bagi mencapai tujuan dan wawasan mereka. Salah satu tujuan komuniti ini ditubuhkan adalah untuk mencari dan mendidik bakat mentah untuk dilatih menjadi pemain profesional terbaik dalam permainan PES di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, sepanjang sejarah permainan PES di Malaysia, belum pernah ada persatuan atau komuniti yang standard, yang mana pemain boleh berkumpul di bawah naungan kelab dan bersaing antara sesama mereka secara optimum dan strategik.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Misi mereka adalah untuk menjadikan masyarakat di Malaysia dapat bermain dengan lebih baik, dengan menetapkan suatu standard piawaian yang telah digunakan di seluruh dunia sekurang-kurangnya bermula dengan peraturan PES Asia Tenggara dan seterusnya, PES dunia.

Mereka berusaha bukan sahaja untuk menjadikan PES Malaysia terkenal, malah juga ingin menjadikan eSukan yang secara rasmi di Malaysia.

Komuniti PES Malaysia ini juga telah secara rasmi diterima, endorsed oleh PES Asia, PES Asia Tenggara, persatuan eSukan Malaysia dan lain-lain lagi. Mereka juga berharap akan mendapat lebih sokongan dan rakan kongsi strategik untuk masa akan datang dalam masa terdekat.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing

Pada tahun 2018 akan datang, mereka telah meletakkan pelbagai pelan jangka masa panjang dan akan membentangkan kepada semua ahli yang berdaftar.

Untuk pemain PES di luar sana, samada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Mari kita bersama memeriahkan lagi komuniti PES Malaysia dengan memberi sokongan dan mendaftar sebagai ahli rasmi.

Mungkin suatu hari nanti daripada main suka-suka akan dipupuk menjadi bakat, daripada bakat menjadi kerjaya, dan daripada kerjaya menjadi kaya raya. Huhuhu

Laman Web: pesleague

Facebook: officialPESMY

Twitter: pesleaguemy

Youtube: PES LEAGUE MY

email: admin@pesleague.my

Telefon: +(60) – 12 – 540 2341

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.