Pilihan Kami Ulasan

Kenali Mestre Arenz, Pemain Tekken Bertaraf Dunia Dari Malaysia

Diolah oleh hang92

Ahmad Zaharin A. Muwarni atau lebih dikenali dengan nama jolokan Mestre Arenz merupakan seorang pemuda yang berasal daripada Kulim, Kedah. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur dan banyak menghabiskan masa terluang dengan menyertai pertandingan Tekken tidak kira sama ada peringkat tempatan atau pun peringkat antarabangsa.

Mestre Arenz merupakan orang lama dan berpengalaman dalam permainan Tekken. Dia bermula bermain daripada Tekken 1 yang dilancarkan pada tahun 1994 dan terus bermain di peringkat yang lebih kompetitif.

Antara kejayaan beliau baru-baru ini adalah termasuk pencapaian tempat kedua pada sesi kelayakan Asia Tenggara untuk kejohanan rasmi Bandai Namco, The King Of Iron Fist Tournament. Beliau tidak berhenti di situ, beliau meneruskan perjalanan sehingga tersenarai dalam golongan tempat 32 teratas di peringkat dunia pada pusingan terakhir pada tahun 2016.

Selain itu, pencapaian beliau yang lepas adalah termasuk pemenang tempat pertama WCG Malaysia 2011 dan juga pemenang tempat ke-3 dalam WCG Asia 2011.

Bayangkan suatu hari kita sedang bermain permainan arked dah akhirnya kekalahan telah berkunjung tiba, pasti kita akan pulang ke rumah dengan muka yang dukacita serta hilang punca dan motivasi.

Tetapi bukan untuk Mestre Arenz, beliau akan bangkit kembali berusaha dan tidak berputus asa pada kekalahan ini kerana beliau percaya minat yang dilakukannya sekarang adalah sebenarnya mewujudkan siapa Mestre Arenz sekarang.

Untuk setiap kekalahan yang diterima, Mestre Arenz akan kembali dengan usaha sebanyak dua kali ganda dan hanya akan berpuas hati sehingga mencapai salah seorang pemain terbaik pada ketika ini.

Beliau ada berkata, faktor keghairahan dan minat juga penting serta perlu ditambah dengan kesungguhan untuk berjaya seperti juga prinsip asas sama seperti prinsip dalam kehidupan ini.

Atas faktor inilah yang membawa beliau ke pentas dunia hari ini dan akhirnya beliau berjaya mengejar impian sebagai atlet eSukan profesional di mata dunia.

Dan untuk pengetahuan anda, Mestre Arenz gemar menggunakan watak seni bela diri capoiera iaitu Eddy Gordo ataupun Josie.

Image result for mestre arenz

Baru-baru ini beliau ada menerima penajaan, beliau kini bernaung di bawah panji pasukan Flash Vision. Selain itu juga, eGG Network, saluran permainan dan eSukan 24 jam, juga turut mengumumkan bahawa mereka kini berbangga menjadi penaja kepada pasukan Flash Vision.

Kami dari konsol.my ingin mengucapkan tahniah pada pencapaian Mestre Arenz selama ini dan teruskan berjuang demi mengharumkan nama diri, keluarga dan Malaysia khususnya. Pastinya kerja keras dan dedikasi akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

Kami berharap suatu hari Mestre Arenz akan menjadi pemain nombor 1 dunia dan akan digeruni oleh semua pemain antarabangsa. Pada komuniti Tekken tempatan, kami berharap anda juga dapat mencontohi semangat dan dedikasi Mestre Arenz supaya anda juga dapat mengukir nama di pentas dunia.

Jika anda merupakan peminat permainan Tekken, anda boleh menyertai kumpulan FB  Tekken 7 Malaysia atau Malaysian Tekken Society sebagai tempat untuk anda menimba ilmu dan berkongsi masalah. Selamat maju jaya kami ucapkan.

sumber : Astro Arena, gamermalaya

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.