Pilihan Kami Tips

Kenali Pilihan Genre Permainan Yang Ada Untuk Anda

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Setiap permainan yang wujud jatuh pada kategori masing-masing. Kesemua permainan ini dipisahkan oleh pelbagai aspek seperti cara permainan, pengembaraan di dalam permainan dan lain-lain. Maka ada juga permainan yang jatuh pada lebih dari satu kategori secara serentak. Malah ada juga permainan yang cuba meniru permainan popular lain sehinga menghasilkan sebuah genre permainan yang baru.

Cuma, pada artikel kali ini kami hanya bincangkan mengenai genre permainan yang popular sahaja dimana kalau diikutkan di dalam Wikipedia, terdapat lebih 10 genre yang wujud di dunia kini dan terdapat sub-genre dibawah kategori genre masing-masing.

Dibawah, kami senaraikan genre permainan yang popular dan biasa dimainkan oleh pemain di seluruh dunia  berserta contoh permainan. Kategori ini kami kecilkan sedikit agar mudah untuk anda membuat pilihan berdasarkan kecendurangan minat anda.

Permainan Lawan (Fighting Games)

Image result for tekken gif

Di dalam permainan ini anda selalunya perlu memilih karakter untuk digunakan untuk melawan pihak lawan. Terdapat juga perlawanan satu lawan satu dan terdapat juga perlawanan di dalam kumpulan bergantung kepada mod dimainkan.

Contoh permainan: TekkenMarvel vs CapcomStreet Fighter V

Penembak Orang Pertama  (First Person Shooter, FPS)

Image result for bf4 games gif

Permainan ini selalunya dimainkan dengan menembak dan anda perlu menewaskan musuh. Terdapat juga misi-misi berkaitan untuk diselesaikan. Jangan pelik kenapa anda hanya boleh melihat tangan dan senjata sahaja di paparan skrin anda.

Contoh permainan: BattlefieldCall Of Duty,  Overwatch

Penembak Orang Ketiga (Third Person Shooter)

Image result for gta v gif

Jika dilihat permainan ini lebih kurang sahaja dengan FPS tetapi apa yang membezakan permainan ini adalah sudut pandangan pemain dan pemain juga dapat melihat seluruh badan karakter yang dimainkan.

Contoh permainan: Grand Theft AutoTom Clancy,  Red Dead Redemption

Strategi Masa Sebenar (Real Time Strategy)

Related image

Di dalam permainan ini anda yang akan menentukan keputusan permainan yang dimainkan oleh anda samada anda mahu menang ataupun kalah. Setiap strategi dan keputusan yang dibuat akan menentukan kemenangan anda.

Contoh permainan: StarCraft, Red Alert, League of Legends

Permainan Berperanan (Role Playing Games)

Image result for the witcher 3 gif

Berunsurkan leveling atau mengembara untuk mencapai sesuatu tahap yang lebih tinggi . Dalam permainan ini pemain boleh mengembara di dalam dunia yang disediakan oleh pembikin permainan. Di dalam permainan ini juga anda boleh berinteraksi atau berlawan dengan pemain lain untuk menentukan siapa lagi hebat.

Contoh permainan: The Witcher 3The Elders Scrolls V: SkyrimDark Souls 3

Pengembaraan (Adventure)

Image result for walking dead games gif

Anda boleh memilih karakter yang dimahukan bergantung kepada penyediaan setiap permainan oleh pembikin permainan tersebut. Untuk memainkan permainan ini anda hanya perlu menyelesaikan misi yang diberikan.

Contoh permainan: The Walking DeadLife is StrangeThe Sexy Brutale

Simulasi

Image result for the sims 4 gif

Jika anda ingin mencipta atau membangunkan sesuatu permaianan mengikut kemahuan anda.  .Ini permainan yang sesuai kerana ianya dibuat untuk sesuatu yang agak realistik.

Contoh permainan: The Sims, Project Cars, SimCity

Permainan Sukan

Image result for nba 2k17 gif

Dibangunkan sesuai untuk yang menggemarkan permainan yang aktif di dalam sukan samada secara permainan video ataupun dunia realiti.

Contoh permainan: FIFA, UFC, NBA 2K17

Permainan Perlumbaan

Image result for the crew 2 gif

Ini pula permainan yang lebih sesuai untuk kaki lumba, tetapi bukan berlumba di jalan raya yang akan menyusahkan semua orang.

Contoh permainan: Forza HorizonThe CrewGran TurismoNeed For SpeedProject CarsF1Daytona

Pemain Berbilang (Multiplayer)

Image result for bf4 gif

Permainan jenis ini boleh dimainkan lebih daripada 2 orang. Selalunya permainan ini memerlukan sambungan internet yang kuat untuk tidak menggangu rentak permainan anda bersama pihak pasukan anda ataupun lawan anda di dunia permainan virtual anda.

Contoh permainan: PlayerUnknown’s Battlegrounds, BattlefieldSkull & Bones

Rumusan

Setiap permainan baru (bertaraf AAA) kini selalunya akan mendakwa bahawa mereka telah merevolusi cara dan corak permainan video dan telah mencipta suatu genre yang baharu, tetapi pada hakikatnya genre adalah tetap genre, tidak mungkin ada genre yang baru yang akan dicipta dalam masa terdekat ini (melainkan realiti maya)

Semua dakwaan ini adalah bertujuan semata-mata untuk mempromosikan permainan video mereka kepada pasaran dunia. Sebagai contoh, permainan Halo, permainan eksklusif Xbox mendakwa permainan genre FPS sudah mati, dan kini mereka telah mengeluarkan suatu genre FPS yang lebih baru. FPS baru yang dimaksudkan adalah “Planet First-Person Shooter”.

Jadi, ada berapa genre yang belum anda mainkan? Kerana kami percaya anda sudah bermain dengan semua genre yang telah disebut diatas ini.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

20 Permainan Konsol Ke Telefon Bimbit Pilihan Kami

Antara Permainan Multiplayer (Co-op) Terbaik Pilihan Kami

Kenali Pilihan Platform Permainan Video Yang Ada Untuk Anda

Pilihan Pengawal Arked Terbaik Untuk PlayStation 4

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia