Pilihan Kami Ulasan

Kenali Pilihan Platform Permainan Video Yang Ada Untuk Anda

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Pada bulan Mac 2017, Statista telah mengeluarkan carta statistik mengenai platform permainan video di seluruh dunia. Mengikut tinjauan yang dilakukan pada bulan Januari oleh Sidang Penerbit Permainan Video, 53% daripada 4,500 syarikat penerbit permainan sedang membangunkan permainan untuk PC atau Mac, berbanding 27% untuk PlayStation 4, 22% untuk Xbox One, dan 3% untuk konsol bimbit seperti Nintendo Switch.

Statistik ini tidak mengejutkan kerana ramai pembikin permainan ini datangnya daripada pembikin indie.

Baca jugaApa Itu Permainan Indie?

Pembikin indie ini lebih menggemari platform PC (seperti contoh, Steam) yang mengalukan permainan indie ini ke dalam pasaran permainan Steam. Pasaran permainan untuk PC juga adalah lebih mencapah dari segi isi kandungan permainan itu sendiri, daripada permainan berunsurkan humor, pelik dan juga seram. Tetapi ini tidak bermaksud PC itu sendiri lebih baik daripada konsol yang ada, cuma ianya layak diangkat sebagai platform terbaik untuk seseorang yang terlalu obses dengan permainan video. Tidak sesuai untuk pemain permainan video kasual seperti kami.

Baca jugaPERBEZAAN SEORANG PEMAIN TEGAR DAN PEMAIN KASUAL

Namun, tahukah anda ada beberapa jenis platform permainan video yang boleh dimainkan? Berapa jenis platform yang ada anda dan masih bermain? Mari kita mengenali jenis-jenis platform permainan video dan genre permainan yang wujud.

Permainan PC (Komputer Meja) / Laptop (Komputer Riba)

Image result for msi

Permainan PC ini tidak terhad kepada permainan yang disediakan khas untuk PC sahaja seperti Dota , Warcraft atau League of legend.

Terdapat juga permainan konsol yang boleh dimainkan di PC seperti Skyrim, Overwatch, GTA IV, BF1 dan pelbagai lagi.

Permainan Konsol

Image result for xbox one vs ps4

Permainan ini memerlukan satu set konsol seperti PLAYSTATION atau XBOX dan dikawal menggunakan alat pengawal masing-masing mengikut jenis konsol tersebut. 

Terdapat juga permainan konsol eksklusif terbaik yang hanya boleh dimainkan di konsol seperti Uncharted (PS4) God of War (PS4), Horizon Zero Dawn (PS4), Forza Horizon (Xbox), Forza Motorsport (Xbox), HALO (Xbox) dan pelbagai lagi.

Permainan Konsol Bimbit

Image result for handheld games

Permainan konsol bimbit (handheld) ini boleh dibawa kemana sahaja yang tempat anda ingini. Terdapat beberapa jenis konsol ini disediakan seperti Nintendo Switch, 3DS, PS Vita, Sony PSP, Gameboy dan banyak lagi.

Terdapat juga permainan konsol bimbit eksklusif terbaik yang hanya boleh dimainkan seperti Rayman Origins (PS Vita), Uncharted Golden Abyss (PSP / PS Vita), 1-2 Switch (Nintendo Switch), Brawlout (Nintendo Switch) dan pelbagai lagi.

Permainan Telefon Bimbit

Image result for cellphone games

Permainan yang bermula dari permainan SNAKE pada zaman Nokia 3310 ini telah banyak mendapat perubahan sehingga ke zaman Android dan iOS.

Terdapat banyak jenis permainan yang disediakan untuk peranti ini dan boleh dimuat turun dari Google PlayStore untuk Andoid atau Apple AppStore untuk iOS. 

Permainan seperti Batman, Tekken, The Elder Scrolls, WWE Tap Mania, PES 2017, dan pelbagai tajuk lagi boleh didapati di kedai digital masing-masing.

Arked

Permainan arked atau mesin yang beroperasi menggunakan syiling (sesetengah tempat menggunakan duit kertas) secara tipikalnya arked ini diletakkan di tempat perniagaan awam seperti kompleks membeli-belah, kedai kopi, dan pusat hiburan.
Kebanyakkan permainan yang terdapat pada mesin arked adalah seperti pinball, permainan tembak, ataupun untuk penebusan hadiah saguhati.

Antara permainan arked yang popular adalah Metal Slug, Tekken, Daytona, Intial D dan lain-lain lagi. Baca juga, 2 Permainan Arked Perlumbaan Pilihan Kami

 Rumusan

Ada permintaan yang besar daripada masyarakat supaya permainan eksklusif di PlayStation/Xbox boleh dimainkan pada Android dan iOS – itu bermaksud Sony dan Microsoft perlu bekerjasama dengan atau Google untuk merealisasikan pernyataan ini.

Ada juga ura-ura lain bahawa generasi PlayStation seterusnya akan mempunyai kapisiti storan yang terlalu besar dan juga akan mempunyai servis atas talian sepenuhnya. Maka saiz konsol akan datang ini tidak akan membesar daripada saiz PS4 yang ada sekarang ini.

Berita lain juga ada menyatakan Sony sedang membangunkan PS Vita terbaru mereka dan akan memasukkan kesemua tajuk permainan daripada konsol PS3 mereka ke dalam PS Vita yang terbaru. Apa-apa pun itu semua adalah ura-ura semata.

Industri permainan video pada masa akan datang akan diisikan dengan storan awan sebagai kandungan utama dan tidak melihat kepada saiz kapasiti konsol sahaja. Jadi jangan terkejut jika wang anda akan sentiasa diperah dari semasa ke semasa pada masa akan datang bagi merealisasikan simpanan stor awan ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.