Ulasan

Kenapa Sony Tidak Menyokong Permainan Platform-Silang Antara PlayStation dan Xbox

Diolah oleh hang92

Microsoft adalah syarikat yang mula-mula sekali mencadangkan untuk pemain Xbox dapat bermain menentang pemain PS4 dan pemain PC melalui platform-silang pada E3 tahun lepas. Sony pula seolah-olah seperti bersetuju dengan cadangan dan terbuka kepada idea Microsoft.

“Kami sangat gembira untuk berbual dengan mana-mana penerbit atau pembikin yang berminat dalam permainan platform silang,” kata seorang jurucakap Sony pada masa tersebut.

Minggu ini di E3, permainan seperti Rocket League dan Minecraft diumumkan bahawa boleh dimainkan secara platform-silang. Pemain Nintendo Switch, Windows PC, Mac atau Xbox One boleh bermain serentak untuk menentang satu sama lain dalam satu platform.

Cuma ada satu sahaja yang kurang, di mana Sony PlayStation 4?

Microsoft telah berkali-kali cuba menyampaikan kepada Sony untuk membolehkan kedua konsol ini bermain secara platform-silang. “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Sony dan membawa pemain PlayStation 4 ke dalam ekosistem yang satu ini juga,” kata seorang wakil Microsoft dalam satu kenyataan kepada Polygon.

game controllers

Jadi, apakah sebabnya Sony tidak bersetuju dengan platform silang ini?

SONY TIDAK BERSETUJU KERANA JUALAN PS4 ADALAH SANGAT KUAT

Pada hemat kami, Microsoft tidak akan menggalakkan permainan platform-silang jika mereka masih berada pada kedudukan teratas dengan penjualan konsol yang tertinggi di Amerika Syarikat pada setiap bulan.

Sekarang ini semua sedia maklum bahawa Microsoft sedang bergelut untuk bersaing dengan jualan PlayStation 4, maka mereka perlu menggalakkan perkara seperti ini untuk menyeimbangi jualan konsol. Sony sekarang ini berada pada kedudukan yang sangat kukuh, dan menghalang permainan platform-silang menggalakkan pemain untuk membeli PS4 jika mereka mahu bermain dengan rakan-rakan mereka.

Jika anda adalah pemain yang menggunakan Xbox One di kalangan rakan-rakan anda yang mempunyai PS4, maka berdoalah supaya Sony berubah hati supaya membenarkan permainan platform-silang.

Sedangkan batu pun boleh berlekuk dek kerana titisan air.

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.