Berita

Kereta Regalia Dari Final Fantasy 15 Akan Dimasukkan Ke Dalam Permainan Forza Horizon 3

Diolah oleh hang92

Bukan sahaja permainan Final Fantasy XV yang mempunyai kereta Regalia, kini Microsoft telah mendedahkan bahawa kereta yang dipandu oleh Noctis ini turut akan dibawa masuk ke dalam permainan perlumbaan Microsoft, Forza Horizon 3.

Untuk pengetahuan anda, kereta Regalia ini mempunyai enjin 7.2-liter supercharged V12 dengan kuasa kuda maksimum 536 hp.

Image result for regalia forza horizon

Anda akan dapat menggunakan kereta ini secara percuma jika sudah membuat pra pesanan permainan Forza Horizon 3 (pada Xbox One atau PC) atau permaianan Final Fantasy XV (Xbox One) sebelum 1 Ogos ini.

Anda boleh saksikan video pengenalan di bawah.

Ada juga terdengar ura-ura bahawa Microsoft akan membawa kereta Regalia ini kepada permainan Forza Motorsport 7 — kemungkinan untuk berlaku mungkin ada, mungkin tiada kerana permainan Forza Horizon 3 dilihat agak sesuai kerana permainan ini lebih santai berbanding permainan Motorsport 7.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.