Pilihan Kami

Kesilapan Penjaga Gol Membawa Padah Di Dalam FIFA Dan PES

Diolah oleh Konsol

Hari kelmarin adalah hari yang mendukacitakan bagi setiap peminat bola sepak tanah air. Ini kerana pasukan Malaysia gagal untuk memenangi ibu segala pingat emas pada temasya sukan sea edisi kali ini.

Malah kisah sedih ini ditambah pula dengan kekalahan yang begitu mengaibkan sekali iaitu kesilapan penjaga gol kebangsaan untuk menepis bola dengan kemas hasil sepakan sudut dari pemain Thailand.

SHAH ALAM 29 Ogos 2017. Reaksi Penjaga Gol, Haziq Nadzli menumbuk masuk untuk gol pertama Thailand ketika menentang Malaysia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam. sumber: NSTP/OSMAN ADNAN

Tetapi kita perlu akur, menang kalah adalah adat setiap permainan. Disamping itu, kemenangan yang diperolehi di dalam permainan bola sepak bukanlah bergantung kepada kebolehan teknikal dan taktikal sebuah pasukan semata-mata.

Anda memang memerlukan sedikit tuah, nasib atau rezeki untuk mencipta kemenangan.

Sebenarnya, kesilapan mudah seperti ini tidak hanya tertakluk ketika permainan bola sepak di dunia sebenar sahaja. Tetapi perkara seperti ini juga boleh terjadi di dalam permainan video seperti FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES).

Antara kesilapan mudah yang sering berlaku ketika permainan video FIFA atau Pro Evolution Soccer ialah seperti tangkapan yang kurang kemas sehingga memuntahkan kembali bola, selepas menangkap bola terus bola diletakkan walaupun pemain lawan masih berada berdekatan, selepas menangkap bola terus membuat balingan untuk mencari pemain dan banyak lagi.

Jadi mungkin ini sifat semula jadi seorang manusia untuk melakukan kesilapan, tidak kira anda bermain di dunia sebenar atau di dalam permainan video. Jadi Chill jelah…

Untuk mengubati hati yang lara dengan kekalahan semalam, jom kita saksikan antara kesilapan penjaga gol di dalam permainan FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES).

Bonus –¬†Mungkin selepas ini penjaga gol kebangsaan boleh menambah latihan untuk meningkatkan kualiti beliau dan sekaligus boleh membuat siri penyelamatan gawang seperti video dibawah ūüôā

Jadi selepas menonton video-video diatas, adakah anda masih lagi kecewa dengan keputusan perlawanan di antara Malaysia dan Thailand semalam?

Kongsikan perasaan anda bersama kami diruangan komen ūüôā

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.