Berita

Kesuluruhan Siri Gran Turismo Sudah Terjual Sebanyak 76.90 Juta Salinan Di Seluruh Dunia

gran_turismo
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Seperti yang diumumkan di laman web rasmi Polyphony Digital, keseluruhan siri Gran Turismo telah terjual sebanyak 76.90 juta salinan di seluruh dunia sehingga Mac 2017.

Penerbit menyatakan bahawa siri ini mempunyai pengikut yang kuat di Eropah dan Amerika Utara sejak siri pertama yang dilancarkan pada tahun 1997.

gran-turismo-1997

Dengan enam permainan yang telah dikeluarkan dalam francais ini, tidak termasuk Gran Turismo Sport yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, nampaknya permainan perlumbaan eksklusif Sony mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Kini siri permainan ini masih menanti sama ada angka penjualannya akan terus meningkat dengan baik atau tidak dengan pelancaran GT Sport, terutamanya memandangkan GT Sport bergantung kepada penyambungan atas talian untuk majoriti mod permainan.

gt-sport-gameplay

Anda boleh melihat kritikan untuk permainan PlayStation 4 eksklusif ini di Metacritic. Buat masa ini, permainan ini mempunyai Metascore sebanyak 76 tetapi dijangkakan akan berubah apabila lebih banyak ulasan yang akan diberikan.

Sumber: GamingBolt

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Berkas PS4 Gran Turismo Sport Berharga RM 196,790, Datang Dengan Kereta Sebenar

Demo Gran Turismo Sport Sedang Dimainkan Oleh Lebih Dari 1 Juta Pemain

Nissan GT-R Dikawal Menggunakan DualShock Untuk Mempromosikan Gran Turismo Sport

Lihat Senarai Kereta Dan Litar Bagi Permainan Permainan Gran Turismo Sport Disini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.