Tips

Ketahui 6 Fungsi Baru Ini Sebelum Anda Memuat Turun Permainan Destiny 2 Beta

Diolah oleh Konsol

Jika anda salah seorang peminat permainan Destiny 2 dan bercita-cita untuk memuat turun permainan versi beta ini pada 21 Julai kelak, maka anda perlu ketahui 6 fungsi terbaru didalam permainan Destiny 2 ini sebelum memainkannya nanti.

1. Masa untuk membunuh yang lebih panjang

Permainan Destiny 2 ini akan mempunyai masa untuk membunuh ataupun dikenali sebagai TTK yang lebih panjang daripada siri permainan ini yang terdahulu.

Oleh itu, pada permainan PvP, anda akan mempunyai masa yang lebih untuk merancang strategi dan bertindak balas terhadap serangan pihak lawan.

2. Perubahan Terhadap Penjejak Pergerakan (Motion Tracker)

Penjejak pergerakan yang terdapat pada siri Destiny yang pertama akan turut disertakan pada permainan siri Destiny 2 ini.

Walaubagaimanapun, penjejak pergerakan didalam permainan Destiny 2 ini akan berfungsi dengan sedikit kelainan berbanding permainan Destiny 1.

Pada permainan Destiny 1, penjejak pergerakan ini boleh digunakan untuk menjejaki pihak musuh pada jarak tertentu. Jika penjejak pergerakan tidak dapat menemui sebarang musuh pada jarak tertentu, ia akan meluaskan kawasan carian pada jarak yang lebih luas.

Bagi penjejak pergerakan didalam permainan Destiny 2, penjejak pergerakan ini hanya boleh menjejaki musuh didalam jarak tertentu dan tidak akan meluaskan kawasan carian jika musuh tidak dijumpai. Jika musuh berada di luar kawasan carian, musuh ini tidak akan kelihatan di dalam penjejak pergerakan.

Mungkin antara sebab penjejak pergerakan didalam permainan Destiny 2 ini diubahsuai berbanding yang terdapat pada permainan Destiny 1 ialah untuk membuatkan permainan ini bertambah sukar dan mencabar.

3. Peta Yang Digunakan Hanya untuk Mod Tertentu Sahaja

Tidak seperti permainan Destiny 1, peta pada permainan Destiny 2 ini hanya boleh digunakan untuk mod tertentu sahaja. Jadi sebelum memulakan permainan, anda terlebih dahulu perlu tahu mod apa yang ingin anda gunakan sebelum memilih peta yang ingin dimainkan.

4. Tembakan Pinggul Yang Lebih Tepat

Ada antara pemain yang sudah pun mencuba permainan Destiny 2 ini pada acara E3 2017 yang berlangsung pada 2 bulan lepas.

Mengikut Twitch Streamer Gigz yang telah pun mencuba permainan Destiny 2 ini, tembakan dari pinggul pada Destiny 2 adalah jauh lebih tepat dan jitu berbanding siri sebelum ini.

 

5. Kebolehan Memecut Yang Tidak Terhad

Pada permainan Destiny 1, anda tidak boleh terus menerus mengunakan kebolehan memecut kerana ia akan dinyah fungsi untuk seketika.

Walaubagaimanapun, pada Destiny 2 kebolehan memecut tidak lagi akan dinyah fungsi apabila anda mengunakannya secara berterusan.

Ini bakal membuatkan permainan ini lebih menarik serta mencabar bagi para pemain.

6. Sentiasa Terapung Ketika Menggunakan Supa Dawnblade

Mengikut Twitch Streamer Gigz, anda boleh sentiasa terapung di udara ketika menggunakan Supa Downblade. Jadi ia lebih mudah dan mengujakan kerana anda boleh sentiasa melancarkan serangan dan mengelak serangan dari pihak musuh ketika menggunakan Supa Downblade ini.

Rumusan

Jadi itu antara perubahan yang anda bakal lihat di dalam permainan Destiny 2 nanti. Adakah anda tidak sabar untuk memainkannya bila ia dilancarkan pada versi beta pada 21 Julai 2017 ini?

Kongsikan pandangan anda bersama kami 🙂

Sumber: GameRant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.