Berita

Ketua Operasi Xbox Lebih Membandingkan Xbox One X Dengan PC Berbanding PS4 Pro

dave-mccarthy-xbox
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Daripada membandingkan Xbox One X dengan PS4 Pro, konsol terbaru Microsoft akan lebih setanding dengan PC spesifikasi tinggi semasa.

Itu adalah satu kenyataan berani, tetapi salah satu Ketua Operasi Xbox dan Pengurus Perkhidmatan Microsoft, Dave McCarthy, tidak takut untuk membuat kenyataan itu di dalam Majalah Rasmi Xbox UK.

Apabila ditanya mengenai bagaimana kemampuan 4K di Xbox One X berbanding dengan PS4 Pro, McCarthy menjawab bahawa ianya lebih mudah untuk membandingkan prestasi Xbox One X dengan PC berspesifikasi tinggi pada masa ini.

xbox-one-x-vs-ps4-pro-pc

Eksekutif Xbox itu juga mengatakan bahawa beberapa keupayaan PS4 Pro lebih sesuai dibandingkan dengan Xbox One S.

Sepanjang beberapa minggu yang lalu, banyak video dan tangkapan paparan skrin telah muncul dengan membandingkan permainan versi PC, Xbox One X dan versi PS4 Pro.

Microsoft akan melancarkan Xbox One X akhir tahun ini pada 7 November. Sementara PS4 Pro sudah berada di pasaran.

Sumber: wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Xbox One X Merupakan Pra-Pesanan Terlaris Dalam Sejarah Xbox

Xbox One X Project Scorpio Telah Dibuka Untuk Pra Tempahan

Masalah Utama Xbox One X Ialah Harga, Bukan Jumlah Permainan – Micheal Pachter

Anda Boleh Lupakan PS4 Pro Dan Miliki Xbox One X – Kata Eksekutif Microsoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.