Berita

Keuntungan Square Enix Meningkat Hasil Daripada Jualan Final Fantasy dan Tomb Rider

Diolah oleh hang92

Square Enix telah melaporkan status kewangan tahun 2016 dan mencatatkan kenaikan 20 berbanding tahun 2015.

Secara keseluruhan, syarikat itu melaporkan perolehan sebanyak ~ RM 9.75 bilion dalam jumlah jualan bersih, peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan pendapatan operasi sebanyak ~ RM 1.18 bilion, iaitu peningkatan 20.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Apa yang membuatkan Square Enix berjaya? Syarikat itu menyatakan terdapat permainan yang merangsang aliran wang, khususnya permainan Final Fantasy XV dan Rise of the Tomb Raider sebagai kisah kejayaan terbesar mereka dalam tahun 2016.

Permainan lain seperti Deus Ex: Mankind Divided, World of Final Fantasy dan NieR: Automata juga turut menyumbang kepada jumlah hasil jualan untuk pihak Square Enix.

Baca juga : Kenali Beberapa Francais Final Fantasy

Square Enix juga melaporkan bahawa jualan digital telah mengambil alih jualan fizikalnya.

Hal ini tidak boleh kita nafikan, jualan digital telah menjadi suatu standard dunia permainan sekarang ini.

Jadi, adakah anda gemar memuat turun secara digital atau membeli di kedai secara fizikal?

Walau dimana pun pihak anda berada, anda tetap menyumbang kepada keuntungan besar kepada syarikat Square Enix ini.

sumber : technobuffalo

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.