Berita

Kisah Salah Seorang Pemain Video Profesional Di Jepun Diabadikan Di Dalam Manga

Diolah oleh hang92

Kisah seorang pemain permainan video secara profesional Jepun iaitu Daigo Umehara akan diabadikan ke dalam karya manga Jepun. Daigo merupakan seorang pemain arked profesional yang mengkhususkan permainan Street Fighter, dan dia merupakan salah seorang yang terbaik di dunia.

Daigo juga memegang rekod Guinness World Record sebagai orang paling banyak memenangi pertandingan permainan video peringkat dunia.

Image result for Daigo The Beast

Di dalam mengenang jasa Daigo, UDON Entertainment telah melancarkan sebuah manga Bahasa Inggeris yang mengisahkan kejayaan Daigo sehingga menjadi tumpuan di mata dunia.

Siri manga ini bertajuk Daigo the Beast: Umehara Fighting Gamers!, dan akan mengkisahkan tentang gaya agresif Daigo di mana dia mampu untuk mengagak pergerakan musuh terlebih dahulu. Manga ini juga akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk mengejar impian untuk menjadi juara dunia.

Image result for Daigo The Beast manga

Manga ini tidak akan dilancarkan sehingga bulan Disember ini, tetapi bagi sesiapa yang menghadiri pertandingan Evolution Championship Series — sebuah pertandingan eSukan yang terkenal peringkat dunia, anda boleh mendapatkan salinan manga ini di sana.

Pertandingan EVO ini akan berlangsung pada 14 Julai sehingga 16 Julai di Las Vegas. Ya dah lepas.

Image result for Daigo The Beast manga

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.