Berita

Kizuna Ai : Personaliti Youtube Terkenal Berasaskan Model Maya

Diolah oleh hang92

Satu saluran Youtube baru telah diperkenalkan dimana personaliti ini menggabungkan dunia maya dan realiti. Watak perempuan yang amat menghiburkan ini dikenali sebagai Kizuna Ai.

Saluran Youtube ini dikenali sebagai Let’s Play, jika dilihat trend terkini, menonton orang lain bermain sesuatu permainan telah menjadi satu trend yang semakin meningkat.

Kadang-kadang ianya menjadi kerjaya bagi sesetengah orang, seperti PewDiePie, yang meraih wang sebanyak enam angka untuk video beliau.

Kizuna Ai merupakan salah seorang bintang yang semakin bersinar dalam YouTube, mula muncul pada Oktober 2016. Penonton saluran beliau semakin meningkat hingga lebih 200,000 orang.

“Beliau” membawa watak ala anime Jepun dengan riben merah jambu di atas rambutnya, model ini sepenuhnya dalam animasi 3D.

Dia memberi reaksi dan bertindak balas kepada permainan apa yang dia sedang bermain. Jadi, agak pelik menonton watak 3D mengawal watak 3D lain  dalam permainan. Walaupun cagu untuk ditonton, tetapi membuat tontonan ini semakin menarik.

Manakala orang atau orang sebenar di sebalik Kizuna Ai masih belum dikenalpasti, ada beberapa spekulasi mengenai asal-usul beliau.

Seperti contoh satu forum di Reddit mengandaikan bahawa personaliti YouTube ini dibuat oleh sebuah syarikat bernama Project A.I, dengan watak yang ditiru daripada watak Tomitake.

Namun identiti sebenar di sebalik watak personaliti Youtube dan suara yang digunakan masih lagi belum didedahkan.

Tetapi apa dan sesiapa sahaja yang berada di belakang Kizuna Ai, misteri sebenar akan dibongkar suatu hari nanti.

Buat masa ini, cuba kita nikmati keanehan personaliti ini, dan AWAS bagi pemuda yang selamanya keseorangan, jangan jatuh cinta pula dengan Kizuna Ai.

Tekan di pautan ini untuk menonton saluran Youtube Kizuna Ai

sumber : cnet

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.