Berita

Konami Akan Mengeluarkan Filem Aksi Contra, Saksikan Video Acah Terbaru Filem Ini

Diolah oleh hang92

Konami Digital Entertainment telah mengumumkan bahawa permainan aksi menembak keluaran mereka iaitu Contra akan dijadikan sebagai filem dan juga siri televisyen!

Sejak permainan ini dikeluarkan pada tahun 1987, permainan terkenal di seluruh dunia Contra terus menerus mengekalkan kemasyurannya dengan dilancarkan pada pelbagai platform seperti tablet, telefon bimbit, komputer dan pelbagai lagi.

Untuk pengetahuan anda, plot permainan Contra ini memfokuskan kepada dua orang askar iaitu Bill Rizer dan Lance Bean (yang dinsipirasikan daripada pelakon Hollywood terkenal iaitu Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone).

Mereka berdua akan membawa suatu misi sukar untuk menumpaskan musuh-musuh yang akan muncul di dalam setiap peringkat. Mereka hanya dibekalkan senjata yang boleh bertukar-tukar dan akan mengembara ke pelbagai peringkat dengan hanya menembak sepanjang perjalanan mereka.

sumber: comingsoon

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Nintendo Bercadang Untuk Menjual Permainan Video Klasik Dengan Lebih Meluas

Darks Souls : Antara Bos Yang Paling Susah Untuk Ditewaskan

Metal Gear Survive: Tarikh Hadir Ke Pasaran Sudah Disahkan

PES 2018 Menunjukkan Cara Permainan Yang Lebih Perlahan Dan Realistik Berbanding PES 2017

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.