Berita

Konami Mengumumkan Kerjasama Dengan Pasukan Arsenal Bagi Permainan PES 2018

Diolah oleh Konsol

Jika anda bertanya kepada peminat permainan video bolasepak – “kenapa kau main FIFA, kenapa tak main PES”.

Pasti jawapan mereka FIFA kerana FIFA mempunyai lesen yang lebih baik yang menggunakan hak cipta sesebuah pasukan, sekaligus membuatkan permainan FIFA tampak lebih realistik berbanding permainan Pro Evolution Soccer (PES).

Nampaknya, bukan anda sahaja yang sedar akan masalah ini, pihak Konami ketika ini sedang giat menjalankan strategi untuk bekerjasama dengan lebih banyak pasukan, seterusnya mendapat lesen untuk menggunakan hak cipta pasukan bola sepak seperti nama asal pemain, nama stadium, jersey pasukan dan pelbagai lagi.

Terbaru, pihak Konami telah pun mengumumkan kerjasama di antara mereka dengan pasukan terkenal Liga Perdana Inggeris  (EPL) iaitu Arsenal. Melalui kerjasama ini, pihak Konami telah mendapat kebenaran untuk menggunakan pemain, jersi dan stadium Arsenal yang lebih realistik di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 18).

Pihak Konami ketika ini sedang giat untuk mendapatkan data pemain termasuk membuat imbasan wajah 3D bagi setiap pemain Arsenal. Ini sekaligus membuatkan wajah pemain Arsenal di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 18) akan tampak lebih hensem, macho dan realistik.

Pasukan realistik Arsenal ini akan hadir melalui kemaskini Data Pack yang boleh dimuat turun oleh pemain permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 18) tidak lama lagi.

Jadi dengan pengumuman ini, tiada lagi nama pelik yang digunakan oleh pihak Konami bagi pasukan Arsenal. Pasukan Arsenal akan dikenali sebagai pasukan Arsenal di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 (PES 18) dan bukan nama yang membigungkan seperti pasukan Man Red (Manchester United), London FC (Chelsea)GL Blue White (Milwall), dan MD White (Real Madrid).

Sumber: EuroGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.