Berita

Peti Sejuk Pintar Konsep Idaman Para Pemain Permainan Video Semua

Diolah oleh Konsol

Salah satu benda yang paling dibenci oleh pemain permainan video ialah apabila kita sedang asyik bertempur dengan pihak musuh di dalam permainan video.

Malangnya tiba-tiba tekak merasa kering perut berbunyi kruk kruk lalu anda mengidamkan minuman air kosong sejuk berserta snek ringan untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar.

Perkara ini sekaligus akan merencatkan momentum seorang pemain permainan video dan seterusnya boleh digunakan sebagai alasan apabila mereka kalah pertarungan di dalam permainan video. Yelah tekak dah kering, memang tak fokus dah bila nak main permainan video.

Walaubagaimanapun anda jangan risau, perkara seperti yang diterangkan di atas mungkin tidak lagi akan berlaku di masa hadapan apabila konsep peti sejuk pintar keluaran pihak Panasonic ini benar-benar menjadi kenyataan.

Melalui video yang dipertontonkan, konsep peti sejuk pintar keluaran Panasonic ini mampu untuk bergerak berdekatan anda dengan fungsi panggilan suara.

Jadi cuba bayangkan, jika anda sedang asyik bermain permainan video, anda hanya perlu memanggil peti sejuk ini supaya datang berdekatan anda, sekaligus dapat memberikan minuman untuk membasahi tekak serta snek ringan kegemaran anda tanpa memerlukan permainan video dihentikan. Hebatnya!

Jom kita saksikan video bagaiman konsep peti sejuk pintar keluaran pihak Panasonic ini berfungsi.

Buat masa ini, peti sejuk pintar keluaran Panasonic ini masih lagi berada di tahap konsep, dan ia telah dipertontonkan kepada umum pada acara IFA 2017 yang telah berlangsung pada minggu lepas.

Menurut pihak Panasonic juga, mereka telah mempertontonkan konsep peti sejuk pintar ini pada khalayak umum dengan tujuan untuk melihat reaksi pengunjung terhadap keperluan penghasilan peti sejuk pintar seperti ini.

Jadi tidak mustahil jika mendapat sambutan yang menggalakkan, kita akan melihat pihak Panasonic akan benar-benar menghasilkan peti sejuk pintar ini sekaligus akan memberi manfaat yang tak terhingga pada setiap pemain permainan video diluar sana.Apa kata anda, adakah anda memerlukan peti sejuk pintar dengan kawalan suara ini benar-benar dijual kelak?

Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen ūüôā

Sumber: Engadget

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.