Berita

Konsol Bimbit Atari Retro Membolehkan Anda Bermain Permainan Klasik Atari

Diolah oleh hang92

Pada dua bulan lepas, Atari telah mengumumkan Atari Box, konsol pertama oleh syarikat tersebut selepas 3 dekad.

Sementara kita masih menunggu tajuk permainan apakah yang akan diumumkan untuk konsol Atari Box ini kerana Atari mengumumkan bahawa mereka akan menggabungkan tajuk permainan klasik dan juga permainan moden. Di dalam masa yang sama, mereka juga telah mengumumkan Atari Retro, sebuah konsol bimbit yang diasaskan daripada konsol Atari 2600.

Baca Juga: Selepas 3 Dekad, Atari Akan Kembali Dengan Konsol Terbaru

Atari Retro merupakan konsol bimbit dengan kemasan kayu dan didatangkan dengan dengan 50 tajuk permainan klasik yang sudah dimasukkan ke dalam konsol tersebut.

Image result for atari retro

Pemain juga boleh bermain permainan ini di TV anda menggunakan output A/V lalu disambungkan ke TV untuk resolusi skrin yang lebih besar. Masalah utama konsol bimbit ini adalah, punca kuasanya yang terlalu kecil dimana konsol ini menggunakan bateri bersaiz AAA untuk beroperasi.

Dibawah ini, senarai penuh kesemua 50 permainan klasik yang sudah dimasukkan ke dalam konsol tersebut.

  1. 3D Tic-Tac-Toe (31 in 1)
  2. Adventure
  3. Air-Sea Battle
  4. Asteroids
  5. Black Jack
  6. Bowling
  7. Breakout
  8. Canyon Bomber
  9. Casino
  10. Centipede
  11. Circus Atari
  12. Crystal Castles
  13. Demons to Diamonds
  14. Desert Falcon
  15. Dodge ’em
  16. Double Dunk
  17. Fun With Numbers
  18. Golf
  19. Gravitar
  20. Haunted House
  21. Home Run
  22. Human Cannonball
  23. Maze Craze
  24. Millipede
  25. Miniature Golf
  26. Missile Command
  27. Night Driver
  28. Off the Wall
  29. Pong – Video Olympics
  30. Quadrun
  31. Radar Lock
  32. Realsports Football
  33. Realsports Tennis
  34. Realsports Volleyball
  35. Sprintmaster
  36. Star Raiders
  37. Steeplechase
  38. Stellar Track
  39. Street Racer
  40. Submarine Commander
  41. Super Baseball
  42. Super Breakout
  43. Swordquest: Earthworld
  44. Swordquest: Fireworld
  45. Swordquest: Waterworld
  46. Tempest
  47. Video Checkers
  48. Video Chess
  49. Video Pinball
  50. Yar’s Revenge

Atari Retro ini hanya dijual secara atas talian di Funstock Retro. Harganya? Kedai ini menyatakan bahawa konsol ini berharga sebanyak £34.99 (~RM 193.00) dengan kos tambahan untuk penghantaran di serata dunia sebanyak £5.00 (~ RM 27.00) menjadikan jumlah harga termasuk penghantaran adalah RM 220 untuk kita di Malaysia.

Adakah anda akan mendapatkan Atari Retro ini? Bagi yang berminat untuk kelihatan hipster di mata masyarakat, mungkin konsol bimbit adalah terbaik untuk anda.

sumber: Nerdist