Imbasan

Konsol Klasik Yang Pernah Mewarnai Dunia Permainan Konsol

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Permainan video telah bermula sejak lama dahulu. Kebanyakkan grafik permainan hari ini lebih  terarah kepada grafik yang lebih realistik.

Tetapi ianya satu perkara yang berbeza sama sekali ketika di awal era permainan konsol. Visual kebanyakannya direkabentukkan dengan bentuk geometri.

Jasa konsol-konsol klasik ini pada permainan konsol yang ada pada hari ini memang sangat besar. Sesungguhnya sesuatu itu pasti ada permulaanya. Berbilang dari esa, mengaji dari alif.

Nintendo Entertainment System (1983)

NES satu nama yang gah dalam penghasilan konsol bimbit. Ditambah lagi dengan perpustakaan permainannya yang sangat banyak dari permainan sukan, RPG, aksi dan menembak.

Permainan paling eksklusif dan yang cukup sinonim di platform Nintendo sudah semestinya Super Mario dan sehingga kini menjadi ikon untuk pemain konsol ini.

Antara permainan popular : Super Mario Bros. 3, The Legend of Zelda, Mega Man 2

Atari 2600 (1977)

Atari 2600 antara konsol terawal dibangunkan iaitu sekitar tahun 70-an. Selepas Atari 2600 barulah lahir Atari 5600 dan Atari 7800.

Antara permainan popular : Frogger, Pitfall, Yar’s Revenge

Neo Geo (1990)

Permainan di platform konsol keluaran Neo Geo menggunakan grafik 2D dan konsol-konsolnya mempunyai sistem bunyi yang agak menarik pada zaman itu. Di sinilah bermulanya popularitiKing of Fighters dan Metal Slug.

Antara permainan popular : Garou: Mark of the Wolves, King of Fighters ’98, Metal Slug 3

PC Engine (1987)

PC Engine adalah hasil kerjasama dari NEC dan Hudson Soft. Dimainkan melalui GPU 16-BIT menjadikan ianya permainan yang paling mendapat sambutan hangat pada ketika itu.

Dengan penggunaan Gpu 16-bit menjadikan pemainan lebih seronok untuk dimainkan. PC Engine juga adalah konsol pertama yang menggunakan cd untuk permainannya. 

Antara permainan popular : Dracula X: Rondo of Blood, Lords of Thunder, PC Genjin 2 (aka Bonk’s Revenge)

Sega Genesis (1988)

Sega Genesis, juga dikenali sebagai Mega Drive. Konsol permainan 16-bit ini telah dibangunkan oleh Sega dan antara konsol ketiga selepas Master System. Pertama kalinya dikeluarkan pada tahun 1988 di Jepun selepas itu diperluaskan pasarannya ke pasaran dunia. 

Antara permainan popular : Gunstar Heroes, Sonic The Hedgehog 2, Streets of Rage 2

SEGA Dreamcast (1998)

SEGA Dreamcast ini berundur terlalu awal dari persaingan konsol kerana masalah kewangan. Dalam masa yang sama Playstation 2 pula diperkenalkan dan yang seperti kita tahu konsol PS2 terus menjadi konsol paling hangat pada sekitar tahun 2000.

Akibat dari persaingan yang terlalu hebat ini, maka konsol ini terus berkubur penghasilannya pada tahun 2001.

Antara permainan popular : NFL 2K2, Shenmue, Soul Calibur

Rumusan

Siapa pernah bermain permainan tape dan sebelum bermain mesti meniup lubang pencucuh pada tape dan tempat pencucuh tape. Siapa pernah lakukan perkara seperti ini? Eh? 

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.