Berita

Kotak Permainan KFC: Mengubah Telefon Pintar Menjadi Konsol Mudah Alih

Diolah oleh Konsol

Siapa tidak kenal akan jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) yang sangat popular dalam menawarkan menu ayam goreng yang rangup.

Kami masih ingat ketika kecil dahulu, jika kami mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tahunan, ibu dan ayah sering menjadikan hidangan KFC sebagai “gula-gula” kepada kejayaan kami itu.

Setelah berdekad berada di dalam pasaran, Kentucky Fried Chicken (KFC) nampaknya tidak mahu ketinggalan kepada zaman revolusi 4.0 dimana dunia kini telah dikuasai oleh bidang teknologi.

Oleh itu, pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) dilihat sering menawarkan sesuatu yang berbeza selain daripada kepakaran mereka dalam menyediakan sajian ayam goreng.

Tidak lama sebelum ini, pihak Kentucky Fried Chicken (KFC)  dengan kerjasama pihak Huawei di China sedia menawarkan telefon pintar edisi khas Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi pasaran China.

Beberapa hari yang lepas pula, pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuat kejutan dengan mengumumkan kotak permainan Kentucky Fried Chicken (KFC)  dengan kerjesama pihak Mountain Dew bagi pasaran India. Kotak permainan ini dinamakan sebagai Gamer Box 2.0.

Ia betul, ianya adalah sebuah kotak permainan sebenar dan seratus peratus berfungsi!

Di pasaran India, Gamer Box 2.0 ini akan ditawarkan kepada pengguna dalam kuantiti yang sangat sedikit dengan bersertakan hidangan ayam goreng kesukaan ramai didalamnya.

Gamer Box 2.0 ini hadir dengan sokongan Bluetooth 2.0 bagi menyambungkan telefon pintar dengan alat kawalan permainan yang berada di kiri dan kanan Gamer Box 2.0 ini.

Pengguna boleh menyambung telefon pintar mereka dengan Gamer Box 2.0 dengan meletakkan telefon pintar pada tempat khusus diatas kotak permainan keluaran  Kentucky Fried Chicken (KFC) ini.

Rumusan

Nampaknya pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak putus-putus dalam usaha untuk menghiburkan para pelangan setia mereka.

Dari telefon pintar sehinggalah ke kotak permainan, setiap penawaran yang dibuat oleh pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) pasti mempunyai gimik yang tersendiri dan kadang kala membuatkan para pelanggan teruja.

Jadi jika penawaran seperti ini turut dilakukan pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) di pasaran Malaysia. Adakah anda juga akan menjadi salah seorang pelanggan setia Kentucky Fried Chicken (KFC) yang akan mendapatkannya?

Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Segala pandangan dan pendapat anda amatlah kami hargai 🙂

Sumber: The Verge

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.