Berita

L.A. Noire Akan Datang Ke Switch, PS4 Pro, Xbox One dan VR November Ini

la-noire
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Rockstar Games akan mengeluarkan semula L.A. Noire, permainan pengembaraan detektif 2011 yang ditetapkan pada tahun 1940-an ke Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One pada November ini. Rockstar juga akan melancarkan tajuk realiti maya yang pertama, L.A. Noire: The VR Case Files, untuk HTC Vive.

Versi Nintendo Switch L.A. Noire akan menyertakan permainan asal dan kandungannya yang boleh dimuat turun, ditambah ciri khusus untuk konsol hibrid itu seperti kawalan berasaskan giroskop, berasaskan isyarat dan gegaran HD, serta sudut kamera baru melebihi bahu dan kawalan skrin sesentuh untuk kerja-kerja detektif mudah alih.

Versi L.A. Noire untuk PS4 dan Xbox One, yang juga termasuk permainan asal dan semua kandungan yang boleh dimuat turun, mempunyai penambahbaikan mereka sendiri: pencahayaan yang dipertingkatkan, sudut kamera sinematik baru dan tekstur beresolusi tinggi. Rockstar juga menyokong resolusi 4K untuk L.A. Noire pada PlayStation 4 Pro dan Xbox One X.

Versi di HTC Vive pula, Rockstar akan memasukkan tujuh kes jenayah dari L.A. Noire asal yang dibina semula khusus untuk realiti maya.

L.A. Noire boleh dimainkan pada platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One, serta L.A. Noire: The VR Case Files untuk HTC Vive, dijangka akan tiba pada 14 November tahun ini.

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.