Android & iOS

Lagi Permainan Seumpama PUBG Akan Dilancarkan Pada Peranti Pintar Android dan iOS

Diolah oleh Konsol

Nampaknya demam permainan Player Unknown Battleground (PUBG) masih belum surut. Pelbagai berita sensasi sejak dua menjak ini melibatkan permainan peperangan lingkungan terbuka Player Unknown Battleground (PUBG).

Jika pada minggu lepas kami ada memberitahu bahawa permainan seumpama Player Unknown Battleground (PUBG) iaitu Fortnite Battle Royale yang boleh dimuat turun secara percuma pada PS4, Xbox One dan PC. Terbaru satu lagi permainan yang mempunyai konsep yang saakan-akan Player Unknown Battleground (PUBG) akan dilancarkan tidak lama lagi pada peranti pintar Android dan iOS yang akan dikenali sebagai permainan Bullet Strike Battlegrounds.

Menggunakan konsep yang sama seperti permainan Player Unknown Battleground (PUBG), pemain permainan Bullet Strike Battlegrounds ini nanti akan diturunkan didalam jarak lingkungan yang ditetapkan dan akan berperang sesama sendiri sehinggalah anda menjadi orang terakhir yang hidup.

Permainan ini dijangkakan akan dilancarkan pada umum pada awal tahun hadapan. Jadi sementara kita menantikan permainan ini, apa kata anda saksikan dulu trailer permainan ini dibawah.

Jika anda berminat untuk menjadi antara orang terawal yang mencuba permainan ini nanti. Anda boleh mendaftar minat pada pautan ini : Daftar Panggilan Alpha Bullet Strike Battlegounds

Sumber: Toucharcade

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.