Berita

Lapan Video Treler Terbaik Daripada Playstation Semasa Paris Games Week 2017

Diolah oleh hang92

Semasa Paris Games Week 2017, PlayStation telah menayangkan beberapa video treler tentang permainan yang akan datang eksklusif untuk konsol Playstation. Di dalam kesemua treler yang ditunjuk, ada beberapa yang telah menarik perhatian kami dan kami rasakan ianya layak untuk anda saksikan sehingga ke penghujung treler tersebut.

Last of Us Part II

 

Treler rasmi kedua untuk sekuel permainan The Last of Us ini, dan ianya memperkenalkan beberapa watak baru. Anda harus tahu bahawa treler ini merupakan suntingan babak di dalam treler tersebut dan paling menarik treler ini dimainkan pada platform PlayStation 4 Pro, dimana ianya sangat mengagumkan.

The Last of Us Part II dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2018 kelak.

Ghost of Tsushima

Dari studio pembikin yang membuat francais kepada permainan Infamous, Sucker Punch, kini mereka kembali dengan tajuk permainan baru. Permainan ini berlatarbelakangkan zaman era feudal di Jepun, Ghost of Tsushima merupakan permainan dunia terbuka, dan jika dilihat permainan ini seperti sangat menarik.

Tiada lagi tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.

God of War

Seperti yang kita tahu, permainan God of War akan dilancarkan pada awal 2018. Treler terbaru ini menayangkan beberapa ciri berbeza permainan ini dan bagaimana Kratos akan bekerjasama dengan anaknya, Atreus di dalam pertempuran.

Monster Hunter World

Antara permainan yang paling ditunggu oleh peminat di seluruh dunia. Monster Hunter kali ini mengejutkan kita dengan kehadiran Aloy daripada permainan Horizon Zero Dawn. Sudah pasti, kehadiran Aloy ini hanya eksklusif untuk versi Playstation 4 sahaja.

Monster Hunter World akan dilancarkan pada 26 January 2018.

Horizon Zero Dawn: The Frozen Wilds

Horizon Zero Dawn juga hadir dengan DLC terbaru mereka iaitu The Frozen Wilds – juga hadir dengan treler baru juga.

The Frozen Wilds boleh mula didapati pada 7 November minggu hadapan.

Marvel’s Spider-Man

Pada treler terbaru permainan Marvel’s Spider-Man ini, anda akan dapat saksikan penglibatan Miles Morales di dalam permainan ini. Kini kita sudah ketahui bahawa Miles kini mempunyai kaitan dengan Peter Parker secara tak langsung.

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan pada tahun 2018.

Detroit: Become Human

Salah satu kelebihan syarikat pembikin permainan Quantic Dream adalah gaya mereka menceritakan sesuatu jalan permainan tersebut. Treler terbaru untuk Detroit: Become Human sedikit sebanyak telah menunjukkan bagaimana cara mereka bercerita.

Detroit: Become Human akan dilancarkan pada tahun 2018.

Shadow of the Colossus

Shadow of the Colossus terbaru ini merupakan permainan buatan semula, walaupun ianya merupakan buatan semula tetapi nampak gaya kali ini, permainan eksklusif untuk PlayStation 4, nampak sangat-sangat hebat. Bagi sesiapa yang memiliki PlayStation 4 Pro, mereka bertuah kerana dapat bermain pada grafik 60 bingkai persaat.

Permainan ini akan dilancarkan pada 6 Februari 2018.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.