Berita

Lebih Banyak Maklumat Mengenai Call Of Duty WW2 Akan Didedahkan Pada Minggu Hadapan

Diolah oleh Konsol

Perlancaran bagi siri permainan Call Of Duty World War 2 semakin hampir pada setiap hari, oleh itu perkara ini membuatkan para peminat siri permainan peperangan ini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memainkan permainan ini pada perlancarannya kelak.

Selain daripada itu, pengeluar permainan Call Of Duty World War 2 iaitu Activision dan Slegdehammer tidak putus-putus untuk memberikan maklumat dan info terbaru mengenai permainan ini, sekaligus menambah keresahan didalam setiap hati peminat bagi siri Call Of Duty.

Antara maklumat dan treler yang telah pun dipertontonkan sebelum ini seperti mod zombi dan mod kempen pemainan tunggal. Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada peminat siri permainan yang dinanti ramai ini merasakan maklumat dan treler yang telah dipertontonkan sebelum ini masih lagi belum cukup dan mereka mahukan lebih lagi.

Justeru itu, Michael Condrey, pengasas bersama dan bos kepada siri permainan Call of Duty World War 2 baru-baru ini telah memuatnaik status di laman Twitter beliau mengenai perkara ini.

Menerusi laman Twitter beliau, ia telah mengesahkan bahawa lebih banyak maklumat, info dan treler mengenai permainan Call Of Duty World War 2 yang akan hadir pada minggu hadapan.

Michael Condrey memuatnaik status ini sejurus selepas ditanyakan oleh peminat permainan Call Of Duty World War 2 yang ingin mengetahui adakah lebih banyak jalan permainan mod kempen akan dipertontonkan selepas ini.

Rumusan

Nampaknya pihak pengeluar permainan Call Of Duty semakin bersemangat untuk melancarkan permainan mereka. Mana tidak, semakin banyak peminat permainan peperangan ini bertanyakan soalan seolah-olah mereka mahukan permainan ini dilancarkan sekarang juga.

Dengan pengesahan sebegini, adakah anda juga terasa amat teruja untuk menantikan permainan Call Of Duty World War 2 ini dilancarkan?

Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen. Segala pendapat dan pandangan anda amat kami hargai ūüôā

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.