Berita

Lebih Mudah Berkerjasama Dengan Sony Berbanding Microsoft, Itu Kata Pengeluar Permainan Indie

Diolah oleh hang92

David Condolora, iaitu seorang pembikin daripada studio indie Brain & Brain (yang menghasilkan Burly Men At Sea) telah menyatakan bahawa pengalaman pasukannya bekerjasama dengan Sony adalah “sangat baik” dan Sony itu “sangat menyokong,” terutamanya apabila ianya melibatkan projek-projek indie.

burly-men-at-sea-ps4-01

Dalam temu bual dengan Gamasutra selepas acara E3 2017, Condolora berkata bahawa Sony telah menunjukkan minat dan akan berkerjasama berbanding dengan Microsoft, dan Sony lebih mudah untuk dibawa berbincang dan bekerjasama.

Apabila ditanya mengenai kekurangan permainan indie pada acara Sony E3 tahun ini, Condolora berkata bahawa kekurangan permainan indie telah mengejutkannya memandangkan dalam sejarah Sony selama ini, syarikat itu telah menyokong permainan indie dengan baik pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Apabila ditanya sama ada mereka akan beralih kepada Microsoft, Condolora berkata:

“Saya fikir Sony masih menjadi pemain industri terbesar di dunia. Anda sebagai syarikat kecil ingin berada di atas platform yang mempunyai paling banyak pemain di dunia ini. Pengalaman kami dengan Microsoft sememangnya bertentangan dengan Sony. Jumlah pemain Microsoft mungkin kurang sedikit di luar sana, tetapi bagi pembikin seperti kami, kami rasakan permainan kami terlalu kecil bagi Microsoft untuk menjaga di belakang tabir. Jadi tidak mungkin Microsoft mempunyai minat di sini.”

Dia juga mengatakan bahawa dia sangat berminat untuk melihat kerjasama daripada Nintendo Switch berkembang maju dengan permainan indie.

Jadi betul ke terdapat kekurangan permainan indie pada acara E3 2017, tidak seperti acara tahun lepas? Bagi kami, semua nampak ok, tidak kurang hebat pula tu jumlah dan kualiti permainan indie untuk tahun ini.

sumber: gamasutra

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Apa Itu Permainan Indie?

Permainan Indie Terbaik Semasa Persidangan E3 2017

The Artful Escape dan The Last Night: Dua Permainan Indie Eksklusif Untuk Xbox

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.