Android & iOS Berita

Lenovo Memperkenalkan Folio, Tablet Yang Boleh Dilipat Dan Ditukar Menjadi Telefon Mudah Alih

Diolah oleh hang92

Lenovo merupakan syarikat teknologi terkenal yang telah banyak menghasilkan produk seperti komputer riba, telefon mudah alih dan juga komputer tablet. Kini dengan konsepnya yang terbaru, Lenovo telah memperkenalkan Lenovo Folio, sebuah tablet yang boleh dilipat dan dijadikan telefon mudah alih.

Pada persidangan tahunan Lenovo Tech World minggu lepas, Lenovo telah memperkenalkan sebuah prototaip yang telah mengejutkan para hadirin di sana. Sebuah tablet yang boleh dilipat. Malangnya, teknologi ini adalah hanya sebagai prototaip konsep. Ini bermakna kita tidak akan dapat lihat teknologi tablet yang boleh dilipat dalam masa terdekat ini.

Jika ianya dilancarkan dengan segera sekalipun, kita tidak akan dapat lihat alat ini untuk berfungsi sepenuhnya kerana masih terdapat banyak lagi ruang untuk diperbaiki

Tablet Lenovo Folio mempunyai skrin 7.8-inci dengan resolusi 1920×1440 piksel. Ianya dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dan menggunakan Android 7.0 Nougat.

Apabila Lenovo Folio dilipat, ianya akan ditukarkan menjadi telefon pintar 5.5-inci yang mudah untuk dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans anda.

Seperti yang anda dapat saksikan di bawah, hampir kesemua ruang pada tablet dipenuhi dengan piksel dan secara mudahnya dilipat untuk ditukarkan menjadi telefon pintar pula. Antara muka yang digunakan juga nampak mudah dan mesra.

Jadi apa pendapat anda tentang Lenovo Folio? Adakah anda akan membeli peranti ini untuk memudahkan anda untuk bermain League of Legends, Mobile Legends dan Candy Crush?

sumber: wccftech 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.