Berita

Life Is Strange 2 : Kini Dalam Pembangunan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pada tahun 2015, pemaju DONTNOD hadir dengan sebuah permainan yang penuh emosi iaitu Life is Strange dan telah terjual sebanyak 3 juta salinan.

Permainan ini mengisahkan seorang remaja bernama Max Caulfield, yang berpindah kembali ke kampung halamannya untuk memasuki sebuah sekolah seni yang berprestij.

Kisahnya bermula apabila mendapati bahawa dia mempunyai kuasa untuk memutar kembali masa, walaupun hanya untuk beberapa ketika pada satu-satu masa.

Baru-baru ini, DONTNOD memuat naik video dengan beberapa maklumat baru tentang perkembangan terkini mereka sejak Life is Strange dilancarkan.

Di dalam video ini mereka telah mengumumkan bahawa sejak tahun lepas mereka telah memulakan pembangunan “Life is Strange yang baru.”

Walaupun permainan ini adalah francais untuk Life is Strange, tetapi masih tidak dipastikan jalan penceritaannya sama ada plot baru dengan watak yang berbeza atau tidak.

Tiada maklumat lain tentang permainan itu dikongsikan, tetapi mereka menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk berkongsi maklumat lanjut apabila tiba masanya.

Berikut adalah video pengumuman daripada pemaju, DONTNOD;

Jika anda belum pernah bermain Life is Strange, anda tidak mempunyai banyak alasan untuk tidak mencubanya,  kerana permainan ini boleh didapati di platform PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC. Episod yang pertama juga adalah percuma.

Sumber: lifeisstrange-blog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.