Berita

Life is Strange: Before the Storm Sudah Boleh Membuat Pra Pesanan Sebelum 31 Ogos

Diolah oleh hang92

Treler terbaru permainan Life is Strange telah didedahkan. Pada persidangan E3 2017 pada slot Microsoft, Life Is Strange: Before Storm diumumkan, dan episod pertama akan dijual mulai 31 Ogos.

Ia akan mempunyai sebanyak tiga episod dalam satu siri ini, dan jika kita lihat watak utama dari treler dibintangi oleh Rachel Amber.

Tidak banyak yang diketahui tentang permainan ini lagi, tetapi apa yang kami dapat ada terdapat simbol Anarchy di dalam treler tersebut.

Mungkin permainan ini akan berkisarkan tentang kisah pemberontakan remaja?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.