Berita

Lihat Antara Permainan Percuma Yang Ditawarkan Pada Playstation Plus Untuk Bulan November

Diolah oleh Konsol

Seperti yang kami jangkakan sebelum ini, waktu yang paling sesuai untuk membeli-belah ialah pada hujung tahun kerana kebanyakan penjual akan melakukan promosi dan potongan harga berganda. Malah iPhone 8 juga telah pun mendapat potongan harga di Lazada baru-baru ini ūüôā

Bagi peminat permainan video pula, bulan November dan Disember setiap tahun adalah masa impian bagi setiap pemain permainan video. Ini kerana, kebanyakan permainan akan mula ditawarkan pada harga yang lebih murah jika dibandingkan pada bulan-bulan yang lain.

Untuk membuka tirai kepada waktu impian ini, Playstation Plus nampaknya telah pun mengeluarkan senarai permainan yang akan ditawarkan secara percuma bagi pelanggan-pelanggan Playstation Plus. Sila lihat pada senarai dibawah:

PS4

  • Bound
  • Dungeon Punks (Cross-Buy with Vita)
  • Until Dawn: Rush of Blood (available until January 3)
  • Worms Battlegrounds

PS3

  • R-Type Dimensions
  • Rag Doll Kung Fu: Fists of Plastic

Vita

  • Broken Sword 5: The Serpent’s Curse (Episodes 1 & 2)
  • Dungeon Punks

Sebanyak 4 permainan percuma yang boleh dimuat turun oleh pelanggan Playstation Plus bagi bulan November 2017 ini bagi konsol Playstation 4. Promosi ini akan bermula daripada daripada 9 November 2017 ini sehingga 6 Disember 2017. Bagi anda yang menjadi pelanggan Playstation Plus, apa tunggu lagi dapatkan permainan percuma ini sekarang juga ūüôā

Sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia