Pilihan Kami Ulasan

Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demo PES 2018

Diolah oleh hang92

Permainan bola sepak popular terbitan Konami kini kembali sekali lagi dengan PES 2018. Menampilkan penambahbaikan terbesar siri PES untuk lebih satu dekad. Pemain boleh menjangkakan pelbagai ciri yang lebih baik untuk pasukan, stadium dan kit.

Umum mengetahui bahawa permainan ini akan dilancarkan pada PS4, Xbox One, PC, PS3 dan Xbox 360 pada 14 September ini.

Konami mesti rasa menyampah melihat Neymar meninggalkan Barcelona untuk pasukan PSG kerana banyak hal yang melibatkan pemasaran dan penjenamaan PES 2018 bergantung kepada bintang bolasepak Barca ini. Malah PES 2018 juga dipasarkan sebagai jenama khas untuk pengalaman bermain di Barcelona.

PES 2018

Cuba untuk maju selangkah hadapan daripada FIFA sudah menjadi lumrah kepada gaya pemasaran Konami di dalam beberapa tahun ini. Sejak daripada itu, penjualan FIFA dilihat berkurangan sedikit. Nampaknya taktik untuk menjual permainan pada tarikh awal nampak sedikit sebanyak menjadi kepada Konami.

Oleh kerana itu, demo untuk permainan PES 2018 telah dilancarkan terlebih dahulu berbanding demo FIFA 18 dan seterusnya permainan penuh akan dilancarkan juga 2 minggu sebelum permainan FIFA 18 dilancarkan.

Baca jugaPES 2018: Apa Perbezaan Yang Dibawa Antara Kedua Edisi Berbeza Ini?

Persoalan di sini, adakah demo permainan PES 2018 cukup menyakinkan peminat bolasepak di Malaysia untuk membeli PES 2018 berbanding dengan FIFA 18? Adakah PES mempunyai kualiti yang diperlukan untuk mengalahkan FIFA? Atau rupanya PES 2018 sama sahaja dengan keluaran tahun lepas.

Pemain Yang Laju Sebenarnya Memainkan Peranan Yang Penting

PES 2018

Di dalam PES 2017, ianya agak mengecewakan apabila butang pecut tidak dapat dioptimasikan apabila pemain pertahanan seperti Chris Smalling dapat mengejar Cristiano Ronaldo walaupun CR terlebih dahulu memecut laju daripada pertahanan tersebut. Maka tiada guna data statistik yang mempunyai markah tinggi untuk pecutan tetapi akhirnya kalah dengan dapat dikejar oleh pemain pertahanan pasukan lawan.

Konami telah membaiki masalah tersebut pada PES 2018. Walaupun hanya pada demo, ianya mudah melihat butang pecutan digunakan dengan optimum. Seperti bolasepak sebenar, seorang pemain yang laju tidak mungkin akan dapat dikejar kerana mempunyai daya pecutan yang tinggi dan ini boleh menjadi senjata berbahaya untuk pasukan lawan.

Padang Kelihatan Lebih Besar Daripada FIFA

Image result for signal iduna pes 2018

Jika anda sudah biasa dengan saiz padang di dalam permainan FIFA, anda akan mendapati bahawa saiz padang yang ditawarkan oleh PES 2018 adalah tidak memuaskan.

2 stadium yang ditawarkan pada demo ini adalah stadium milik Barcelona, Camp Nou dan juga Borussia Dortmund iaitu Signal Iduna Park. Kedua stadium ini mempunyai ciri-ciri lebih kurang sama dari segi saiz padang.

OK ini adalah mengecewakan. Kami sebagai peminat permainan bolasepak mahukan perbezaan dari segi suasana di kedua stadium ini. Sebagai contoh, apabila kami memilih Signal Iduna, kami tidak merasakan suasana gegak gempita dimana sepatutnya penonton seolah-olah berada hanya beberapa meter sahaja daripada sempadan padang stadium.

Membentes Pemain Lawan Tanpa Sebarang Isu

PES 2018

Jika anda dapat menguasai teknik membentes, slide tackle pemain lawan tanpa apa-apa kesalahan, Anda harus cepat ke kedai nombor ekor dan tikam nombor yang anda suka, pasti anda akan berjaya memenangi hadiah (analogi yang teruk tetapi itulah kenyataan), tetapi pernyataan tersebut adalah benar, ianya adalah sangat sukar untuk membentes atau menerjah pemain lawan tanpa mendengar tiupan wisel daripada pengadil. Itu belum masuk apabila pemain anda dikenakan kad kuning. -_-

Hal ini kami bincangkan kerana isu pertahanan pasukan adalah elemen yang sangat penting di dalam permainan bolasepak. Jadi jika Konami serius untuk menangani masalah ini, maka mereka patut merendahkan sedikit sistem ketegasan pengadil untuk meneruskan permainan tanpa meniup wisel selepas pemain dibentes.

Camp Nou Terlalu Gah Dan Menakjubkan

Image result for camp nou pes 2018

Satu kekurangan permainan FIFA, mereka tiada stadium yang begitu mempesonakan seperti Camp Nou milik Barca. Tetapi Konami ada, dan Konami telah berusaha keras untuk mencipta tempat permainan yang kami rasakan termasyur dan tercantik di dalam mana-mana permainan bolasepak setakat ini.

PES memegang hak eksklusif  lesen kepada stadium Camp Nou dengan Barcelona, jadi sekiranya anda adalah merupakan penyokong setia kelab Barca, PES 2018 adalah permainan bolasepak untuk anda dan adalah rugi untuk melepaskan peluang untuk menyaksikan stadium tercantik yang pernah kami lihat ini.

Kesemuanya adalah terperinci, daripada kecuraman tempat penonton di tingkat tiga sehingga ke tingkat pertama, malah terowong pemain masuk juga dibikin dengan sempurna. Pastinya bulu roma anda akan berdiri melihat pemain berjalan keluar daripada terowong tersebut.

Animasi Pemain Seolah-olah Seperti Pemain Sebenar

PES 2018

Laman web rasmi PES 2018 telah menyatakan bahawa model pemain telah dibikin semula untuk menyesuaikan kembali ketinggian pemain dan cara pergerakan mereka. Nampaknya Konami tidak menipu, dakwaan mereka bahawa animasi pemain telah berubah lebih kepada pemain sebenar adalah benar belaka.

Seperti contoh, sebelum perlawanan antara Barcelona dan Liverpool, anda sendiri boleh saksikan suasana seolah ada ketegangan di antara kedua pasukan ini..

Dari segi mimik muka, model pemain PES 2018 nampak seolah-olah pemain sebenar. Kemungkinan juga akan mendatangkan ketakutan kepada anda kerana ianya terlalu realistik. Apabila pemain seperti Luis Suárez dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan, mimik muka dia terus berubah secara drastik terus berbeza dengan mimik muka apabila dia dapat menjaringkan gol.

Rumusan

Pihak Konami dilihat amat serius untuk memperbaiki kualiti permainan PES pada edisi 2018 ini supaya ia lebih enak dimainkan dan mempunyai tahap realistik yang lebih tinggi.

Cara permainan juga telah dibaiki untuk menunjukkan betapa realistiknya permainan ini dari segi kelajuan pemain, cara menggelecek bola, mengawal bola dan lain-lain lagi.

Sebuah video treler baru juga turut dikeluarkan oleh Konami sempena acara Gamescom 2017 yang diadakan di Cologne, Jerman ini. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

PES 2018 akan dilancarkan pada 14 September ini, manakala FIFA 18 pula akan menyusul dua minggu kemudian.

Adakah anda sudah berpuas hati dengan demo permainan Pro Evolution Soccer 2018? Dan apa yang sedang anda fikirkan tentang demo ini? Kongsikan pendapat anda dengan kami di ruangan komen di bawah!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.