Pilihan Kami Ulasan

Lima Permainan Terbaik Untuk Dibeli Pada September 2017

Diolah oleh hang92

Bulan September menyaksikan beberapa pelancaran permainan terbaik untuk peminat fanatik permainan video.

Sudah pasti, pertembungan dua permainan terhebat dan terkenal di seluruh dunia – PES 2018 dan FIFA 18 akan menjadi sebuah persaingan yang terhebat dan dinantikan oleh semua peminat bolasepak di seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Namun selain itu, terdapat juga permainan lain bagi peminat yang tidak berapa menggemari permainan video bolasepak ini, anda juga boleh membeli tajuk permainan lain seperti Dishonored: Death of the Outsider, Destiny 2 dan juga Marvel vs Capcom: Infinite.

Dishonored: Death of the Outsider

Jadi apabila permainan Dishonored sekali lagi diumumkan oleh Bathsheda pada acara E3 2017 yang lepas, sudah semestinya kami kembali teruja untuk menantikan permainan Dishonored yang terbaru ini yang akan dikenali sebagai Dishonored Death Of The Outsider.

Di dalam permainan terbaru Dishonored terbaru ini, jalan permainannya akan berasaskan permainan mandiri, survival, iaitu anda akan mengawal watak baru yang dikenali sebagai Billie Lurk.

Selain daripada itu, Billie Lurk bersama gurunya Daud akan mengembara untuk menjalankan misi membunuh penjahat antagonis didalam permainan ini iaitu Outsider.

Permainan terbaru Dishonored Death Of The Outsider ini akan hadir pada 15 September tahun ini, dan akan boleh dimiliki dengan harga $29.99 (~RM129) bagi Playstation 4Xbox One dan PC.

Pro Evolution Soccer 2018

Permainan bola sepak popular terbitan Konami kini kembali sekali lagi dengan PES 2018. Menampilkan penambahbaikan terbesar siri PES untuk lebih satu dekad. Pemain boleh menjangkakan pelbagai ciri yang lebih baik untuk pasukan, stadium dan kit.

Permainan ini akan dilancarkan pada PS4, Xbox One, PC, PS3 and Xbox 360 pada 14 September ini.

Permainan baru ini dijanjikan dengan grafik permainan yang diperbaharui, termasuk penggunaan teknologi RealTouch + yang membolehkan pemain mengawal bola dengan pelbagai gaya badan, grafik yang lebih baik dan UI yang baru.

Permainan ini juga boleh dimainkan secara atas talian dalam mod Random Selection Match dan kerjasama (2 vs 2 dan 3 vs 3) dengan sokongan multiplayer dan banyak lagi .

Set pieces telah diolah semula, dan sistem penalti baru dan sepakan percuma telah diperkenalkan, termasuk keupayaan untuk memulakan perlawanan dengan sepak mula oleh satu pemain.

Master League juga telah melalui beberapa peningkatan yang amat diperlukan, dengan temu bual pra-perlawanan dan adegan sinematik di persalinan bilik juga sebahagian daripada pengenalan baru yang akan hadir ke PES 2018.

Stadium, padang permainan dan terowong pemain telah dibina semula menggunakan lebih daripada 20,000 data.

Jelas sekali, pemain akan kelihatan lebih realistik. Menurut Konami, ramai daripada mereka telah melalui proses motion-captured yang menggunakan sistem animasi terbaru. PES 2018 sekali lagi akan menggunakan Fox Engine, yang juga telah digunakan untuk permainan Metal Gear yang terbaru.

Destiny 2

Dengan lebih kurang satu minggu lagi sebelum pelancaran rasmi, Destiny 2 dijangka akan dilancarkan pada 6 September 2017 untuk PlayStation 4 dan Xbox One, dan 24 Oktober 2017 untuk PC.

Selain itu, Destiny 2 akan beroperasi sepenuhnya pada platform PC pada 60fps (cemburu!).

Treler permainan kelihatan sangat hebat dan ada orang yang sebenarnya telah mencuba permainan ini mengatakan bahawa permainan ini adalah sangat baik.

Anda boleh menonton video penuh pendedahan permainan ini di bawah:

Untuk versi Xbox One – pemain memerlukan ruang kosong sebanyak 29.15 GB, dan pemain juga perlu menintik beratkan bahwa saiz permainan mungkin akan bertambah dengan kehadiran kemas kini yang akan datang selepas permainan ini dilancarkan. Bagi PlayStation 4 pula, saiz permainan in adalah sebesar 30.87 GB.

FIFA 18

Permainan ini ditawarkan dalam 3 edisi berbeza iaitu Icon Edition, Ronaldo Edition dan Standard Edition

Permainan bolasepak paling popular ini akan tiba tidak lama lagi dan boleh dimainkan pada pelbagai platform seperti Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Xbox 360, Microsoft Windows dan PlayStation 3

Untuk anda yang sudah tidak sabar untuk memainkan permainan ini, FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September 2017 pada PlaystationXboxNintendo Switch dan juga PC.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk memainkan permainan bola sepak teragung ini?

Marvel vs Capcom: Infinite

Seperti umum telah ketahui, permainan Marvel vs Capcom yang bakal dilancarkan ini adalah kesinambungan siri permainan pertempuran crossover dari pelbagai siri Capcom dan Marvel contohnya X-Men, Superman, Spider-Man, Street Fighter dan banyak lagi.

Salah satu mod cerita terbaru didalam permainan Marvel vs Capcom yang akan dilancarkan pada September 2017 ini ialah pahlawan dari alam Marvel dan Capcom akan melawan penjahat alam yang sangat hebat dan tidak terkalah iaitu Ultron Sigma.

Permainan Marvel vs Capcom ini bakal menemui peminat pada 19 September 2017 dan akan menyokong platform seperti Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Soalan Bonus

Jika anda diberi peluang untuk membeli satu sahaja daripada kelima-lima permainan ini, sudah tentu anda akan membeli _____ (isikan tempat kosong) kerana anda sudah menantikan permainan ini dengan terlalu lama.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.